Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki rogol anak sendiri sambil desak budak itu makan pil perancang

Oct 14, 2021 | 06:28 PM



PERBUATAN seorang lelaki yang mula mencabul kehormatan anak perempuan kandungnya apabila budak itu berusia sembilan tahun dan berulang kali merogolnya selepas dia berusia 11 tahun diketahui apabila dia cuba memberi anaknya pil perancang.



Lelaki ini cuba membuat pil itu kelihatan seperti ubat batuk.



Budak itu telah memberitahu ibunya mengenai pil perancang berkenaan dan apabila si isteri bersemuka dengan suaminya, si suami mengaku akan kesalahannya dan melahirkan rasa risaunya jika dia menghamilkan anaknya kelak.



Pada Khamis (14 Oktober), lelaki berusia 45 tahun itu dihukum penjara 21 tahun dan 24 sebatan rotan oleh Mahkamah Tinggi selepas dia mengaku bersalah di atas dua tuduhan rogol berkanun dan satu tuduhan serangan seksual menerusi penetrasi.



Pesuruhjaya Kehakiman, Encik Philip Jeyaretnam, menerima butiran maklumat pendakwa dan peguambela yang kedua-duanya memohon hukuman dibuat berdasarkan rangka kerja menjatuhkan hukuman bagi kedua-dua kesalahan.



Hakim menekankan bahawa lelaki ini telah menyalahgunakan kuasanya sebagai bapa dan mengkhianati kepercayaan anak perempuannya serta merancang melakukan kesalahan pada waktu isterinya tidak mungkin mengetahui tentang perkara itu.



Bagaimanapun, hakim juga mengambil kira tindakan lelaki itu yang segera mengaku kesalahannya lantas mengelakkan anaknya daripada perlu memberi keterangan.



Hakim menambah beliau berharap "masa akan mengubati keluarga yang telah si tertuduh retakbelahkan itu".



Lagi lapan tuduhan melakukan kesalahan seks dipertimbangkan.



Lelaki itu tidak boleh dinamakan atas perintah mahkamah bagi melindungi identiti mangsa yang kini berusia 14 tahun.



Mahkamah diberitahu lelaki itu dan isterinya berkahwin di China pada 2007 dan berpindah ke Singapura pada 2008.



Mereka mendapat status Penduduk Tetap setahun selepas itu dan budak itu pula berpindah ke sini pada 2010. Lelaki itu kemudian sudah menerima status kewarganegaraannya di sini.



Keluarga ini termasuk adik lelaki mangsa menetap di flat empat bilik di Tampines tetapi biasanya tidur bersama di dalam satu bilik tidur.



Pada 2017, lelaki ini mula menyentuh anak perempuannya dan kemudian melakukan perkara lebih dahsyat.



Serangan itu berlaku sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan, sama ada pada waktu malam atau pada pagi Sabtu apabila ibu mangsa bekerja.



Setelah budak itu menyedari daripada pelajaran pendidikan seks bahawa bapanya melakukan sesuatu yang salah, dia mula menolak tindakan bapanya tetapi percubaannya biasanya sia-sia sahaja.



Bapanya mula merogolnya selepas ulang tahunnya yang ke-11 dan memberitahu si anak agar tidak bercerita kepada sesiapa mengenai perbuatannya itu.



Selepas mengadakan hubungan seks tanpa kondom pada 12 Mac 2019, dia membeli sekotak pil perancang dalam talian.



Dia kemudian meletakkan pil itu ke dalam paket ubat dari klinik yang mempunyai diagnosis 'ubat batuk' pada labelnya.



Pada 14 Mac, dia memberitahu budak itu agar memakan pil tersebut dan enggan memberitahunya bahawa pil itu adalah pil perancang. Budak itu memberitahu ibunya yang mengambil paket pil tersebut dan ternampak labelnya.



"Memandangkan mangsa tidak batuk, ibunya tahu pil itu bukan untuk penyakit batuk," jelas Timbalan Pendakwa Raya, Eugene Lee.



Selepas bersemuka dengan suaminya, wanita itu membuat laporan polis keesokan hari.



Pada Khamis, peguam lelaki itu, Encik Jonathan Wong dan Encik Riko Isaac, memberi mahkamah surat daripada isteri dan anak perempuan lelaki ini yang memohon agar hukumannya diringankan.



"Kami diminta isteri dan anak perempuannya bagi menyampaikan surat ini yang menjelaskan apa yang mereka rasakan di lubuk hati mereka yang memaafkan anak guam kami tetapi berusaha secara aktif untuk berbaik-baik semula dengannya," kata Encik Wong.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >