Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki rogol pelajar 12 tahun pada 2002 ditangkap 12 tahun kemudian

Jun 23, 2016 | 11:06 AM



SEORANG lelaki yang merogol seorang pelajar berusia 12 tahun pada 2002 ditangkap secara kebetulan apabila dia ditahan dan disiasat bagi satu jenayah kecurian yang tidak ada kaitan pada 2014.



Pada Rabu (22 Jun), Lee Ah Choy, kini 37 tahun, mengaku bersalah merogol dan dijatuhi hukuman penjara 16½ tahun dan sebat 18 kali.



Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa tukang kayu warga Malaysia itu ada isteri dan seorang anak lelaki berusia 10 tahun yang tinggal di Johor Bahru. Mereka tidak tahu tentang kesalahan itu, yang dilakukan ketika dia berusia 23 tahun.



Lee bekerja di Singapura pada 2002 dan nampak budak menengah satu itu, juga warga Malaysia, beberapa kali semasa berlari-lari anak pada pagi hari.



Dia segera suka pelajar itu dan senyum padanya atau menyapanya. Namun, pelajar itu tidak melayannya.



Pada 18 Oktober tahun itu, pada kira-kira 6.40, Lee menghalang laluan pelajar itu semasa dia berjalan ke sekolah dan memberitahunya supaya jangan pergi ke sekolah.



Pelajar itu berjalan terus tetapi Lee mengekorinya dan memintanya membantu menyerahkan wang kepada 'kakak angkat'nya yang tinggal berhampiran.



Apabila pelajar itu cuba beredar lagi, Lee menariknya ke sebuah blok flat berhampiran dan membawanya ke tingkat empat.



Apabila pelajar itu mula menangis, Lee mengugut akan mencederakannya dengan pemotong kertas. Pelajar itu meronta apabila Lee mengekangnya di koridor tingkat empat.



Dia kemudian mencabul pelajar itu dan merogolnya.



Pelajar tersebut membuat laporan polis selepas meninggalkan tempat kejadian. Ujian perubatan dijalankan tetapi identiti penyerangnya tidak dapat dipastikan.



Pada 2014, Lee ditangkap dan disiasat kerana mencuri dan profil DNA-nya sama dengan perogol itu.



Selain rogol, Lee mengaku bersalah terhadap tuduhan mencabul kehormatan teruk dan ugutan jenayah.



Tuduhan keempat menculik diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Shahla Iqbal, yang meminta hukuman berat, berkata: "Perbuatan merogol kanak-kanak adalah satu jenayah kejam."



Cik Shahla berkata pelajar itu berkata dalam satu kenyataan dia berasa malu, dan "terperanjat dan jijik pada tingkah laku (Lee)".



Dia juga berhenti sekolah kerana hilang minat dalam pelajaran pada satu masa dan mengalami mimpi buruk.



Hukuman penjara Lee dikebelakangkan ke 23 Jan tahun lalu, apabila dia ditahan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >