Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Setempat

Lelaki rogol pembantu rumah dan cabul wanita semasa ikat jamin

Mar 23, 2020 | 10:10 PM

SEORANG lelaki, 43 tahun telah dihukum penjara selama 11 setengah tahun dan lima minggu serta disebat sembilan kali atas kesalahan merogol dan mencabul kehormatan seorang wanita dan menyerang seorang lagi semasa diikat jamin.

Lelaki itu yang merupakan seorang peniaga telah merogol pembantu rumah keluarganya setelah menyuruh pembantu rumah itu mengurutnya di dalam bilik tidur, lapor The Straits Times (ST).

Setelah setahun dia didakwa di mahkamah dan diberi ikat jamin, lelaki itu juga mencabul kehormatan seorang wanita di sebuah stesen MRT dan menyerang seorang lain secara berasingan. 

Ikat jaminnya itu telah pun dibatalkan.

Lelaki itu, seorang penduduk tetap dari China yang telah bercerai, mengaku salah atas satu dakwaan merogol dan mencabul kehormatan. Dua dakwaan sedang dipertimbangkan - satu dakwaan serangan seksual terhadap pembantu rumahnya dan satu lagi dakwaan menyebabkan kecederaan. 

Mahkamah Tinggi telah mengizinkan permintaan oleh peguam lelaki itu supaya identitinya dilindungi kerana anak lelakinya, seorang pelajar di sekolah menengah telah memikirkan untuk membunuh diri akibat kesalahan bapanya itu.