Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki seludup rokok terlarang buat kali keempat dipenjara, didenda

Jul 18, 2019 | 08:53 AM



SEORANG lelaki yang ditangkap menyeludup rokok terlarang buat kali keempat dipenjara tiga setengah tahun dan didenda $10.416 juta semalam (17 Julai).



Oleh kerana dia tidak membayar denda itu, dia akan menjalani hukuman penjara tambahan lagi 28 bulan, atau dua tahun empat bulan, menurut Kastam Singapura dalam satu kenyataan.



Raymond Soh Tian Khoon, 53 tahun, didapati bersalah buat kali pertama pada 17 Oktober 2006 kerana menghantar 200 karton rokok yang tidak dibayar cukai dan dipenjara 10 bulan.



Pada 2012, dia ditangkap kerana menghantar 850 karton rokok terlarang.



Kali ketiga Soh ditangkap adalah pada 2013, semasa dia dibebaskan dengan ikat jamin bagi kesalahan yang dilakukannya pada 2012. Ketika itu, dia membawa masuk 90 karton dan 604 paket rokok yang tidak dibayar cukai.



Dia didapati bersalah pada 12 Februari 2014 dan dipenjara 14 bulan serta didenda $352,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >