Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki serang drebar bas dipenjara 3 minggu

Jan 04, 2022 | 05:30 AM



SEORANG lelaki mabuk yang menaiki sebuah bas awam telah menyerang pemandu bas tersebut setelah ditegur untuk menggunakan pelitup muka dengan betul.



Yong Pok Sen, 68 tahun, dihukum penjara selama tiga minggu semalam selepas mengaku bersalah atas satu tuduhan menyebabkan kecederaan secara sukarela terhadap Encik Saravanan Narayanan, 32 tahun.



Sebelum itu, Yong telah menaiki bas tersebut bersama dua lagi lelaki yang mabuk pada sekitar 10 malam pada 30 Julai 2020.



Apabila Encik Saravanan memerhatikan bahawa Yong gagal membayar tambang bas dengan kad ezlinknya, beliau bertanya kepada Yong jika dia telah berbuat demikian. Pemandu warga Malaysia itu juga perhatikan Yong gunakan pelitup muka di dagunya, lalu menegur Yong untuk menggunakan pelitupnya dengan betul.



Yong dengan tegas menjawab dia telah membayar tambang bas lalu tidak berpuas hati kerana menyangka pemandu itu menuduhnya dan bersikap biadap. Ini menyebabkan pergaduhan antara mereka.



Encik Saravanan, yang bekerja untuk pengendali pengangkutan awam Tower Transit, memberitahu ibu pejabatnya akan kejadian tersebut dan diarahkan untuk berhenti di perhentian bas di West Coast Road.



Beliau menunggu di tempat duduk pemandu untuk mendapatkan bantuan apabila Yong menumbuk bahu kirinya sebanyak tiga kali. Polis tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian.



Keesokan harinya, Encik Saravanan ke Hospital Besar Ng Teng Fong setelah melihat kesan lebam di beberapa anggota badannya, termasuk bahunya. Beliau mendapat cuti sakit (MC) selama dua hari.



Akibat serangan tersebut, Yong boleh dipenjara sehingga tiga tahun, dan didenda sehingga $5,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >