Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki SG didakwa guna pistol mainan rompak bank di HK

Apr 20, 2022 | 05:30 AM



SEORANG lelaki warga Singapura didakwa menggunakan pistol mainan untuk merompak bank di Hong Kong dan membawa lari lebih HK$14,000 ($2,400) dalam bentuk tunai.



Lelaki berusia 73 tahun ditangkap sekitar tujuh jam menyusuli kejadian tersebut selepas melarikan diri menaiki bas awam.



Polis Hong Kong berkata suspek didakwa dengan tuduhan merompak dan satu lagi tuduhan menetap di sana secara tidak sah.



Menurut pihak polis, ia menerima maklumat mengenai rompakan tersebut sekitar 3.40 petang pada 14 April dari kakitangan bank di Nathan Road, Kowloon.



Kakitangan tersebut berkata lelaki itu telah menunjukkan mereka pistol dan membawa lari wang tunai tersebut ke arah kawasan Sham Shui Po.



Suspek itu dikatakan setinggi 1.7 meter dan mempunyai badan yang sasa.



Dia dilaporkan memakai kot biru hitam, seluar hitam, kasut berwarna gelap, cermin mata hitam dan pelitup hitam.



Polis Hong Kong berkata tiada kecederaan dilaporkan semasa insiden itu.



Rakaman kamera keselamatan di bank itu dimuat naik oleh media Hong Kong, menunjukkan lelaki bertopi hitam memberikan kakitangan bank nota sebelum mengacukan pistol mainan.



Dia juga kelihatan memberikan beg hitam kepada kakitangan tidak lama kemudian.



Lelaki itu ditahan di kawasan Pat Heung di daerah Yuen Long sekitar tujuh jam kemudian dan senjata yang disyaki senjata api itu disahkan pistol mainan.



Video yang dimuat naik di Facebook oleh Polis Hong Kong itu menunjukkan pegawai polis mengiringi suspek ke sebuah kenderaan selepas penahanannya.



Lelaki itu digari dan kain hitam diletakkan di atas kepalanya.



Polis menemui wang curi dan pakaian yang dipakai semasa insiden rompakan itu di rumah lelaki tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >