Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki SG radikal sendiri, mahu sertai kumpulan pengganas di Afghanistan ditahan di bawah ISA

May 11, 2022 | 05:30 AM



SEORANG lelaki warga Singapura yang menjadi radikal secara sendiri dan telah membuat persiapan untuk menyertai pengganasan bersenjata di luar negara ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bulan lalu.



Radjev Lal Madan Lal, 29 tahun, menjadi radikal selepas terpengaruh oleh ajaran seorang pendakwah radikal dari luar negara, Imran Hosein, dan percaya dia perlu menyertai pengganasan bersenjata terhadap 'musuh' Islam, menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam satu kenyataan semalam.



Ini termasuk melatih dirinya teknik menggunakan pisau.



Ketika ditahan, dia juga sedang menimbangkan untuk pergi ke Afghanistan bagi menyertai kumpulan militan Taliban.



Radjev, yang bekerja di sebuah syarikat logistik, juga cuba mempengaruhi keluarga dan temannya dengan pandangan radikalnya serta cuba merekrut mereka untuk menyertainya melakukan pengganasan bersenjata.



Dia juga membentuk sebuah kumpulan di media sosial untuk menyebar ideologi radikal kepada kontaknya dalam talian.



Bagaimanapun, mereka tidak memberi respons positif terhadap usulnya itu.



ISD berkata Radjev mula terjerumus ke dalam fahaman radikal pada 2013 setelah diperkenal kepada khutbah yang disampaikan Imran, yang berasal dari Trinidad & Tobago, dalam talian.



Imran dikatakan berdakwah tentang hari kiamat yang semakin hampir dan kebangkitan kumpulan Black Flag Army (BFA) untuk memerangi golongan bukan Islam.



Ini amat bermakna buat Radjev, yang sangat meminati teori konspirasi.



Lama-kelamaan, dia terjerumus lebih dalam dengan fahaman radikal oleh Imran serta pendakwah radikal asing lain, seperti Anwar Al-Awlaki, yang telah meninggal dunia, dan pendakwah radikal dari Australia yang kini dalam penjara, Musa Cerantonio.



Imran dilarang memasuki Singapura sejak 2007 kerana ajarannya yang radikal.



LAPORAN SELANJUTNYA: Tahanan ISA sedia laku serangan di S'pura, ke atas kepentingan negara




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >