SEORANG anggota kru Singapore Airlines (SIA) yang dilaporkan hilang di Brisbane telah dijumpai, kata jurucakap syarikat itu Khamis (19 Jan).
Polis Queensland mencari Encik Norsyafiq Norman, 23 tahun, yang gagal hadir untuk penerbangan pada Selasa malam.
Polis memberi maklumat baru pada Khamis pagi bahawa Encik Norsyafiq telah ditemui.
"Polis telah menemui seorang warga Singapura yang dilaporkan hilang di kawasan bandar Brisbane," kata kenyataan itu.
SIA berkata seorang anak kapal kabin, yang dilaporkan hilang di Brisbane, telah "ditemui".
"Kami akan terus memberi sokongan dan bantuan kepada pihak berkuasa tempatan dan anggota kru dan keluarga," kata jurucakap itu.