Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki S'pura antara 6 kes import Covid-19 baru: MOH

Nov 17, 2020 | 10:01 PM



WARGA Singapura berusia 55 tahun dengan sejarah perjalanan dari India adalah antara enam kes import jangkitan Covid-19 baru yang dikenal pasti Kementerian Kesihatan (MOH) pada Selasa (17 November).



Selain lelaki tersebut, MOH dalam kenyataannya pada Selasa malam menjelaskan lagi dua kes melibatkan pemegang pas lawatan jangka panjang dan pas tanggungan dengan sejarah perjalanan dari Filipina dan United Kingdom.



Baki tiga kes lain adalah pemegang permit kerja yang bertugas di Singapura dan tiba ke sini dari Filipina dan Myanmar.



Kesemua kes import ini sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura. Mereka diuji positif Covid-19 sewaktu menjalani SHN.



Dalam pada itu, enam pesakit sudah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.



Sebanyak 37 kes pula masih dirawat di hospital dengan kebanyakannya berada dalam keadaan mantap atau kian pulih.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >