Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki S'pura dipenjara kerana bantu sindiket jenayah asing kendali wang haram menerusi penipuan cinta Internet

Nov 29, 2020 | 03:21 PM



SEORANG lelaki Singapura berusia 45 tahun telah didakwa di mahkamah kerana terlibat dalam kes pengubahan wang haram yang berkaitan dengan kes penipuan cinta Internet.



Setelah mengaku salah pada 27 November lalu atas satu kesalahan menolong satu sindiket jenayah asing dalam menerima dan mengalihkan hasil daripada jenayah yang dilakukan dan dua kesalahan sengaja menyekat proses pengadilan, lelaki itu dihukum penjara tujuh bulan, tujuh minggu.



Menjelaskan butiran terperinci mengenai kes ini, polis dalam kenyataannya pada Ahad (29 November) berkata seorang wanita berusia 49 tahun, melaporkan kepada polis dirinya ditipu untuk mengalihkan sejumlah wang sebanyak $71,560 kepada pelbagai akaun bank, salah satunya dimiliki ibu lelaki yang didakwa itu.



Menurut wanita itu, lelaki berkenaan berkenalan dengannya di wadah media sosial dan memberi gambaran mereka dalam satu hubungan cinta.



Penipu itu juga mendakwa telah mengirimkan hadiah kepada mangsanya.



Namun, wanita itu kemudian menerima panggilan telefon daripada wanita lain yang mendakwa dirinya pegawai kastam. Beliau diarahkan mengalihkan sejumlah wang bagi menerima hadiah daripada lelaki itu.



Hasil siasatan pegawai Jabatan Ehwal Komersial (CAD) yang mengenal pasti identiti lelaki itu, dia kemudian diberkas pada 26 Mei 2018.



Siasatan meninjukkan lelaki itu telah menggunakan akaun bank ibunya dan membantu sindiket jenayah asing menerima dan mengalihkan hasil kerja jenayah mereka.



Sesiapa yang didapati bersalah membantu pihak lain bagi memudahkan mereka meraih hasil daripada perbuatan jenayah di bawah Akta Rasuah, Pengedaran Dadah dan Kesalahan Serius Lain (Perampasan Faedah), boleh dipenjara hingga 10 tahun, didenda hingga $500,000 atau kedua-duanya sekali.



Sesiapa yang secara sengaja menghalang proses pengadilan juga boleh dipenjara hingga tujuh tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.



Polis juga memberi amaran kepada orang awam agar tidak memberi akaun bank peribadi kepada sesiapa sahaja atau menerima pemindahan wang ke dalam bank mereka daripada sumber yang tidak dikenal pasti.



Jika mereka berbuat demikian, mereka mungkin membantu orang lain dalam mengendalikan wang haram daripada kegiatan jenayah. Akaun bank mereka akan dibekukan dan mereka akan disiasat dan kemungkinan didakwa di mahkamah.



Memandangkan penipuan cinta Internet kekal sebagai satu keprihatinan, orang awam harus berhati-hati jika berkenalan dengan orang yang tidak dikenali dalam talian.



Mereka juga perlu berhati-hati jika diminta memindahkan atau menerima wang daripada orang yang tidak dikenali.



Bagi keterangan lanjut tentang penipuan, lungsuri laman www.scamalert.sg atau hubungi talian bantuan antipenipuan di 1800-722-6688.



Hubungi talian 'hotline' polis, 1800-255 0000 atau kirimkan maklumat dalam talian kepada laman beralamat www.police.gov.sg/iwitness jika anda memiliki keterangan tentang sebarang kes penipuan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >