Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki S'pura dipenjara kerana kesalahan seksual

Dec 27, 2021 | 08:52 PM



SEORANG lelaki sedang dalam siasatan polis kerana dua kesalahan seksual melibatkan budak bawah umur tatkala dia membawa pulang seorang remaja perempuan 17 tahun ke rumahnya dan melakukan perbuatan seksual ke atasnya tanpa izin.



Pada Isnin (27 Disember), Ammar Bakhtiar Md Ali, kini 23 tahun, dipenjara enam tahun dan 10 bulan serta dirotan tiga kali.



Warga Singapura itu mengaku bersalah di atas satu kesalahan setiap satu menyerang mangsa 17 tahun itu dan mengadakan hubungan seks dengan budak 12 tahun dalam satu kejadian tidak berkaitan.



Lima tuduhan lain termasuk yang berkaitan dengan mangsanya yang lain dipertimbangkan sewaktu menjatuhkan hukuman. Mangsa ini tidak boleh dinamakan kerana perintah mahkamah bagi melindungi identiti mereka.



Ammar yang bertemu budak 12 tahun itu pada 2016 mengajaknya ke rumahnya di Jurong West pada Jun tahun itu untuk bermain konsol Xbox.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Claire Poh berkata: "Niat sebenar yang tertuduh adalah agar dia boleh gunakan budak perempuan itu bagi memenuhi nafsu seksnya...Si tertuduh tahu individu muda seperti budak itu menghormati individu lebih tua sepertinya agar dengan jangkaan dia berpemikiran matang lantas itu si tertuduh mempunyai niat mengeksploitasikan kelurusan budak itu."



Apabila mereka sampai ke flat itu, Ammar membawa budak itu ke rumahnya dan mereka mengadakan hubungan seks yang tidak dilindungi.



Pada Februari 2017, budak itu memberitahu seorang kaunselor mengenai kejadian itu dan polis telah diberitahu mengenai perkara ini.



Ammar berada di bawah siasatan polis kerana kesalahan seksual terhadap budak itu dan seorang lagi budak bawah umur. Dalam hal itu, Ammar berbalas pesanan dengan remaja 17 tahun itu di media sosial pada tahun selepas itu. Pada 2 Julai 2018, dia mengirim beberapa pesanan meminta untuk bertemu remaja itu.



Kata DPP Poh kepada mahkamah: "Niat sebenar yang tertuduh adalah mengadakan hubungan seks dengan remaja itu dan...memenuhi nafsu seksnya. Budak itu pada awalnya keberatan apabila si tertuduh menyarankan agar mereka bertemu, kerana budak itu risau jika temanitanya kelak akan cemburu."



Menurut DPP Poh lagi, bagi memperdaya mangsa, Ammar berbohong bahawa temannya dan temanita temannya itu akan hadir dalam pertemuan itu. Dia juga mendakwa akan rasa canggung jika budak perempuan itu tidak ikut serta.



Remaja itu bertemu Ammar di Pioneer Mall di Jurong West sekitar 12.20 pagi keesokan harinya dan mereka bertemu dengan kawan lelaki Ammar yang hadir tanpa temanitanya.



Mereka bertiga kemudian pulang ke rumah Ammar di mana dia dan temannya bermain PlayStation di bilik tidur.



Apabila teman itu meninggalkan bilik tersebut, Ammar ingin mengadakan hubungan seks dengan remaja itu tetapi remaja itu menolak.



Walaupun begitu, dia dapat melakukan penetrasi secara sekesual ke atas remaja itu tanpa mendapatkan kebenarannya dan hanya berhenti apabila remaja itu menolaknya. Dia kemudian menghalau remaja itu dari rumahnya.



Mahkamah juga diberitahu Ammar juga memastikan bahawa kesalahan seksual yang dilakukannya itu tidak diketahui ramai.



Kata DPP Poh: "Dia mengirim pesanan bahawa harga diri remaja itu akan tercemar jika kejadian itu didedahkan dan perkara itu harus disimpan remaja berkenaan buat pengetahuan dirinya sahaja dengan dia harus membuang semua pesanan antara mereka mengenai kejadian itu."



Remaja itu bagaimanapun tidak terpengaruh dengan ancamannya dan membuat laporan polis sekitar 11.20 pagi itu.



Ikat jamin Ammar ditetapkan pada $20,000 pada Isnin dan dia diarahkan agar menyerah diri di Mahkamah Negara pada 20 Januari tahun depan bagi memulakan hukumannya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >