Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki S'pura dipenjara kerana paksa remaja berbogel sebagai gantian dibelasah

Oct 26, 2021 | 04:00 PM



SEORANG remaja yang terjerat dengan kejadian pandang memandang diberi dua pilihan oleh penyerangnya – dipukul atau menanggalkan pakaiannya.



Bagi mengelakkan dirinya dibelasah, remaja itu memilih bagi menanggalkan pakaiannya dengan video yang menayangkan kemaluannya tular di media sosial.



Di mahkamah pada Selasa (26 Oktober), Mohammad Nor Farizwan Riswan, 27 tahun, yang merakam video tersebut dengan telefon bimbitnya dipenjara tiga minggu selepas mengaku bersalah di atas satu tuduhan mengganggu dan dengan sengaja menyakiti.



Mangsa yang ketika kejadian berusia 17 tahun tidak boleh dinamakan di atas perintah mahkamah.



Dia terlibat dalam satu kejadian pandang memandang dengan seorang lelaki pada 12 Mac 2019.



Walaupun berusaha menghuraikan keadaan tersebut, mangsa telah menumbuk lelaki berkenaan kerana rasa marah, jelas Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Colin Ng.



Pesanan tersebar bagi mencari mangsa. Apabila mangsa ditemui di Stesen MRT Admiralty keesokan harinya, Farizwan, seorang warga Singapura, dan seorang lagi lelaki, Muhammad Danial Mohamed Yashim, 23 tahun, bersemuka dengannya.



Selepas mengesahkan identiti mangsa, Farizwan menumbuknya sekali di muka manakala Danial menendang lehernya.



Lelaki ketiga, Muhammad Azroy Jasni, menyertai mereka, dan membawa mangsa ke satu kawasan terpencil di kolong blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).



Mereka kemudian memberinya pilihan untuk menanggalkan pakaiannya sebagai bukti dia mengaku akan kesilapannya menumbuk lelaki berkenaan.



Kata DPP Ng: “Sedang mangsa menanggalkan pakaiannya, Danial dan Azroy mengganggunya terus dengan mendesaknya agar menanggalkan pakaian itu dan seterusnya berjalan ke arah tempat yang mereka mahukan malah memberitahunya cara bagaimana menentukan posisi tubuhnya.”



Selepas merakam video itu, Farizwan berkongsi rakaman tersebut di dalam kumpulan WhatsApp ‘TeamDeliveroo’ dengan video itu tular di Twitter beberapa hari selepas itu.

DPP Ng berkata mangsa terjejas apabila diminta menanggalkan pakaiannya dan dimalukan ramai rakan sekolahnya yang menonton video itu. Dia membuat laporan polis sehari selepas kejadian itu.



Kata DPP Ng lagi, Farizwan tidak memberi kerjasama sewaktu siasatan dan menafikan dia mengirim video itu kepada sesiapa malah mengaku telah menghapuskan rakaman tersebut.



Bagaimanapun, dia mengaku atas kesalahannya dalam satu kenyataan polis yang menyusul.



Danial diberi tempoh probesen diasingkan pada 16 September tahun lalu kerana sengaja menyakiti manakala Azroy dihukum penjara tiga minggu pada 18 Oktober lalu.



Meminta agar Farizwan diberi hukuman lebih lama daripada penjara empat minggu, DPP Ng berkata:



“Bukan sahaja dia memalukan dan menyedihkan mangsa dengan memintanya menanggalkan pakaian, dia kemudian memalukan mangsa dengan merakam video itu dan berkongsinya di dalam kumpulan sembang WhatsApp ‘Team Deliveroo’.”



Dalam rayuannya, peguambela, Encik Mohamed Hashim, meminta agar hukuman bukan tahanan atau penjara tidak melebihi dua minggu diberikan kerana Farizwan telah berubah dan menemui pekerjaan lebih bermakna sejak kejadian dua tahun lalu itu.



Dalam memutuskan hukuman penjara tiga minggu itu, Hakim Daerah Chay Yuen Fatt, berkata kebersalahan Farizwan bagi gangguan tersebut sama seperti Azroy.



Farizwan ditawarkan ikat jamin $6,000 dan diarah agar menyerah diri di Mahkamah Negara pada 12 November untuk memulakan hukumannya.



Kerana kesalahan mengganggu, dia boleh didenda hingga $5,000 dan dipenjara hingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.



Di atas kesalahan sengaja menyakiti, dia boleh didenda hingga $5,000 atau dipenjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >