Subuh
5:38
Syuruk
6:54
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:01
Isyak
8:10
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Lelaki S'pura diheret ke mahkamah kerana langgar Notis Jangan Keluar Rumah

Apr 29, 2020 | 04:59 PM

SEORANG lelaki warga Singapura berusia 50 tahun akan didakwa di mahkamah esok kerana melanggar perintah Notis Jangan Keluar Rumah (SHN), menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Rabu (29 April).

Lelaki berkenaan, Ong Chong Kiat, telah pulang ke Singapura dari Indonesia pada 24 Mac lalu dan telah diberikan SHN sehingga 7 April.

Bagaimanapun dia telah melanggar perintah SHN itu sebanyak dua kali.

Pada 27 Mac, Ong telah keluar dari rumahnya dengan menaiki kereta sewa privet ke bangunan ICA untuk memohon supaya diberi keizinan untuk keluar dari Singapura sebelum tamat tempoh SHN selama 14 hari itu.

Pegawai ICA menasihati Ong untuk pulang ke rumah dengan segera. 

Ketika itu dia telah keluar dari rumahnya selama tiga jam.

Pada 30 Mac pula, dia telah keluar dari rumahnya dengan menaiki kereta sewa privet ke Hospital Tan Tock Seng untuk mendapatkan laporan ujian perubatan.

Setelah itu dia mengunjungi Bangunan ICA untuk memohon keizinan keluar dari Singapura sebelum tamat tempoh SHN-nya.

ICA berkata, ia telah menyiasat kes melanggar peraturan SHN dengan sengaja itu.

Menurut Pejabat Peguam Negara, Ong akan didakwa di mahkamah pada 30 April atas kesalahan di bawah Akta Penyakit Berjangkit Peraturan (Covid-19 - Perintah Jangan Keluar Rumah) 2020.

Mereka yang melanggar peraturan tersebut boleh didenda sehingga $10,000 atau dipenjara selama enam bulan atau kedua-duanya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3