SEORANG lelaki warga Singapura yang disyaki mengedar dadah ditangkap kelmarin dalam satu operasi yang menghasilkan rampasan dadah bernilai lebih $239,000.
Biro Narkotik Pusat (CNB) berkata pihaknya menemui kira-kira 183 gram ketamin, 134 gram ganja sintetik, 257 pil Erimin-5, tujuh pil Ecstasy dan 1,270g Ice - cukup jika membekalkan kira-kira 720 pengguna Ice selama seminggu.