SEORANG lelaki warga Singapura maut dalam kemalangan yang melibatkan dua kenderaan di New Zealand semalam.
Menurut kenyataan polis New Zealand, kemalangan itu berlaku di State Highway 6, Ruatapu Road, selepas tengah hari. Kawasan itu terletak di pantai barat South Island.