Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki S'pura terlibat sengketa di Yaman ditahan ISA

Seorang warga Bangladesh turut diberkas bagi bantu siasatan kegiatan berkaitan pengganasan
Dec 10, 2020 | 05:30 AM



SEORANG lelaki Singapura telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Mac 2019 kerana terlibat secara aktif dalam peperangan di Yaman.



Sheik Heikel Khalid Bafana, 48 tahun, telah bertindak sebagai ejen yang dibayar sebuah kuasa asing, menurut satu kenyataan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) semalam.



Heikel, yang berhijrah ke Yaman bersama keluarganya pada 2008, telah mengumpul risikan mengenai negara itu bagi sebuah kuasa asing dari sekitar 2012 hingga 2018.



Dia telah "dibayar jumlah yang besar" bagi maklumat tersebut, menurut ISD lagi.



Semasa berada di Yaman, dia juga telah membantu satu puak dalam perang saudara itu serta menawarkan diri untuk berjuang bersama puak tersebut.



"Dia juga bertindak sebagai orang tengah antara puak itu dan sebuah kuasa asing, untuk mendapatkan peralatan tentera, bekalan dan dana bagi mengendalikan latihan tentera," kata ISD.



Kenyataan tersebut tidak menyebut kuasa asing mahupun puak yang telah melibatkan warga Singapura itu.



Heikel dan keluarganya kemudian kembali ke Singapura pada 5 Februari 2019, dan dia diberkas di bawah ISA pada Mac 2019.



Anggota keluarganya tidak terbabit dalam kegiatannya di Yaman, kata ISD.



Kata agensi itu lagi, kes Heikel tidak didedahkan lebih awal kerana siasatan terhadap kegiatannya di Yaman adalah rumit, dan pendedahan awal akan menjejas siasatan.



Berita Harian difahamkan Heikel merupakan seorang bekas peguam yang pernah berniaga restoran di kawasan Kampong Glam pada tahun 2000-an.



ISD semalam turut mengumumkan seorang warga Bangladesh, Ahmed Faysal, 26 tahun, telah diberkas di bawah ISA pada November 2020.



Dia telah dikenakan Perintah Tahanan pada 30 November lalu untuk membantu dalam siasatan bagi kegiatan berkaitan pengganasan.



Sementara itu, tiga warga Singapura yang sebelum ini ditahan di bawah ISA kerana terlibat dalam kegiatan berkaitan pengganasan telah dibebaskan dan diletakkan di bawah arahan sekatan (RO).



"Mereka telah menunjukkan kemajuan baik dalam pemulihan mereka dan dinilai tidak lagi memberi ancaman yang memerlukan penahanan sebagai pencegahan," kata ISD.



Mereka ialah Muhammad Fadil Abdul Hamid, 31 tahun; Husaini Ismail, 61 tahun; dan Rosli Hamzah, 54 tahun.



Dalam pada itu, perintah sekatan bagi lima warga Singapura yang lain telah dibenarkan untuk luput setelah mereka menunjukkan kemajuan baik dalam pemulihan.



Mereka ialah Mohamed Mohideen Mohamed Jais, 30 tahun; Mohamad Reiney Noor Mohd, 30 tahun; Asrul Alias, 37 tahun; Ishak Mohamed Noohu, 59 tahun; dan seorang belia berusia 17 tahun yang dikenakan RO pada 2016.



LAPORAN LANJUT:



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >