Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki diberkas curi barang kemas di kedai pajak

Penjenayah bawa lari seutas rantai emas dan seutas gelang emas. Kedua-duanya bernilai $11,550
Jun 10, 2023 | 10:35 AM



Seorang lelaki berusia 31 tahun telah diberkas kerana disyaki terlibat dalam satu kes mencuri dalam kediaman.

Menurut satu kenyataan Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Sabtu, pihaknya diberitahu tentang satu kes curi di Indus Road pada 9 Jun sekitar 2.18 petang.

Lelaki itu telah mengunjungi sebuah kedai pajak dan meminta melihat seutas rantai emas dan seutas gelang emas bernilai sejumlah $11,550.

“Apabila lelaki itu diberi rantai emas dan gelang emas tersebut, dia didakwa melarikan diri daripada kedai pajak itu.

“Menerusi siasatan meluas dan dengan bantuan imej-imej daripada kamera polis serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV), para pegawai daripada Divisyen Polis Tanglin mengesahkan identiti lelaki itu dan memberkasnya di kawasan Orchard Road dalam tempoh lapan jam selepas laporan dibuat,” kata kenyataan itu.







Wang tunai berjumlah sekitar $8,655 dan seutas gelang emas telah ditemui.

Sebuah telefon bimbit dan pakaiannya yang dipakai semasa kesalahan didakwa dilakukan juga dirampas sebagai bahan pameran kes.

Lelaki itu didakwa di mahkamah pada 10 Jun atas kesalahan mencuri dalam kediaman di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan 1871.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan didenda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >