Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki syok dedah kemaluan pada wanita dipenjara 9 bulan

Oct 25, 2016 | 07:47 AM



SEORANG lelaki mendedahkan dirinya di khalayak ramai tujuh kali antara Mei dan September, biasanya menyasarkan wanita di perhentian bas, mahkamah diberitahu.



Budiman Shah Mohd Noorel Azman, 31 tahun, yang didiagnosis mengalami gangguan ekshibisionis (mendapatkan kepuasaan seksual dengan mendedahkan kemaluan pada orang lain), juga mencabul seorang wanita dalam kereta api.



Dia mempunyai rentetan sabitan hingga ke 2007 bagi kesalahan mendedahkan dirinya dan melakukan tiga jenayah terbarunya semasa bebas di bawah ikat jamin.



Pada Isnin (24 Okt), Budiman, yang bekerja sama ada sebagai pembantu tukang masak atau pekerja pembersihan pada masa kesalahan itu, dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan.



Dia mengaku bersalah terhadap empat tuduhan melakukan perbuatan lucah di khalayak ramai dan satu tuduhan mencabul. Empat tuduhan sama diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.



Mahkamah diberitahu bahawa pada kira-kira 6.50 pagi 4 Mei, seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dan rakannya melihat Budiman dengan seluar pendeknya terlondeh di perhentian bas berdekatan Block 358, Yishun Ring Road.



Pada pagi 17 Mei, seorang wanita berusia 32 tahun dalam kereta api MRT merasa Budiman mengeselkan kelangkangnya pada lengan kanan beliau.



Dua minggu kemudian, pada kira-kira 2.45 petang 29 Mei, dia mendedahkan dirinya di depan seorang wanita berusia 21 tahun di sebuah perhentian bas berhampiran Blok 367, Yishun Ring Road.



Budiman mengulangi perbuatan itu pada 11 Jun, mendedahkan dirinya pada seorang wanita berusia 20 tahun dan pembantu rumahnya di sebuah perhentian bas berhampiran Blok 790, Yishun Avenue 2.



Tiga hari kemudian, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun sedang berada di perhentian bas berhampiran Blok 314, Yishun Ring Road apabila Budiman mendedahkan dirinya di kolong sebuah blok HDB sekitar tengah hari.



Pada 6 Julai, seorang budak perempuan berusia 12 tahun sedang menunggang basikal dekat Blok 611, Woodlands Ring Road, apabila Budiman mendedahkan dirinya.



Seminggu kemudian, pada 13 Julai, seorang remaja perempuan berusia 15 tahun melihat dia berkelakuan lucah di perhentian bas berhampiran Blok 701, Woodlands Drive 40. Dia bebas di bawah ikat jamin pada masa itu.



Pada kira-kira 4.40 petang 3 Sept, Budiman mendedahkan dirinya pada beberapa budak perempuan dekat sebuah gelanggang badminton sekitar Blok 789, Woodlands Avenue 6.



Pada kira-kira 7 pagi 13 Sept pula, dia mendedahkan dirinya pada seorang wanita berusia 35 tahun di sebuah perhentian bas berhampiran Blok 794, Woodlands Avenue 6.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >