Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki terbangkan dron di Punggol tanpa permit didenda $9,000

Mar 05, 2020 | 07:22 PM



SEORANG lelaki berusia 41 tahun yang menerbangkan dron tanpa permit di padang terbuka di Punggol telah didenda $9,000 pada Khamis (5 Mac).


Tay Miow Seng pada 27 Disember lalu mengaku bersalah menerbangkan dron untuk tujuan riadah di padang dalam lingkungan 5 kilometer dari Pangkalan Udara Paya Lebar tanpa permit kegiatan Kelas 2 yang sah dan mengendalikannya dalam cara yang boleh membahayakan keselamatan pesawat.


Satu tuduhan berasingan menerbangkan dron secara haram di Coney Island pada 26 Mac lalu diambil dalam pertimbangan oleh mahkamah semasa menjatuhkan hukuman.


Mahkamah Negara sebelum itu diberitahu bahawa Tay dan kawannya, Ed Chen Junyuan, masing-masing menerbangkan dron di padang terbuka di Punggol pada 26 Jun lalu. Mereka kemudiannya ditahan pada hari yang sama oleh pegawai polis.


Kedua-dua lelaki itu adalah orang pertama didakwa kerana menerbangkan dron secara haram di Singapura. Chen didapati bersalah dan didenda $ 2,000 tahun lalu.  




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >