Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki terus pandu walau lelaki berpaut pada keretanya

Oct 03, 2019 | 02:14 PM



SEORANG lelaki yang terus memandu keretanya walaupun suami kekasihnya berpaut pada keretanya dijatuhi hukuman penjara 11 minggu dan dibatalkan kelayakannya memandu sebarang kenderaan selama dua tahun selepas dia didapati bersalah melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab yang mengancam nyawa.



Pada 28 April 2018, Desmond Koh Wee Boon, 34, tahun, telah menaiki keretanya bersama kekasihnya, yang sudahpun berkahwin, berdekatan Fragrance Hotel di Upper Serangoon Road.



Apabila suami wanita tersebut melihat kejadian tersebut, beliau mendekati kereta itu lalu menghentakkan tangannya pada cermin kereta, sambil menyuruh pasangan tersebut turun.



Apabila mereka enggan, lelaki berusia 27 tahun itu, yang namanya tidak didedahkan dalam dokumen mahkamah yang dilihat oleh akhbar The Straits Times (ST), berpaut pada cermin depan kereta sambil Koh memandu kereta itu pada kelajuan mencapai 70km sejam hingga 7km, atau selama sekitar setengah jam.



Akibatnya, lelaki itu tercampak ke jalan raya dan mengalami lecet di telapak tangan kanannya dan di siku kiri.



Koh bebas dengan ikat jamin $10,000 dan diarahkan agar menyerahkan diri di Mahkamah Negara pada 14 Oktober untuk memulakan hukumannya.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >