Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKSYEN 377A: KEPUTUSAN CABARAN MAHKAMAH RAYUAN

Lelaki tidak hadapi ancaman nyata, hak tidak dilanggar perlembagaan

Mar 01, 2022 | 05:30 AM



Mahkamah kekal dengan kedudukan bahawa tindakan penguatkuasaan tidak boleh diambil disebabkan kenyataan yang dibuat di Parlimen oleh Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, pada 2007 dan kenyataan media oleh Peguam Negara, Encik Lucien Wong, pada 2018.



Kenyataan itu mencerminkan kedudukan pemerintah bahawa undang-undang tersebut akan dikekalkan tetapi tidak akan dikuatkuasakan secara proaktif.



Dalam keputusannya hari ini, Mahkamah Rayuan berkata tiga lelaki itu tidak dapat dianggap menghadapi ancaman nyata pendakwaan di bawah peruntukan undang-undang tersebut buat masa ini.



Oleh itu, ia tidak melanggar hak mereka di bawah perlembagaan.



Selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Encik See Kee Oon, menolak tindakan guaman oleh tiga lelaki itu pada Mac 2020, mereka mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut di Mahkamah Rayuan.



Dalam hujah mereka di mahkamah Januari tahun lalu, tiga lelaki itu mendakwa bahawa Seksyen 377A, yang digubal pada 1938, harus dimansuhkan kerana ia melanggar Artikel 12 Perlembagaan yang menjamin kesamaan di bawah undang-undang.



Mereka mendakwa bahawa undang-undang menganggap seks antara lelaki homoseksual sahaja sebagai jenayah tetapi bukan seks antara wanita homoseksual atau seks antara lelaki dengan wanita.



Di bawah seksyen 377A, seorang lelaki yang melakukan perbuatan amat tidak sopan dengan lelaki lain, sama ada di tempat awam atau secara peribadi, boleh dipenjara hingga dua tahun.



Mereka mendakwa bahawa lelaki tidak diberi layanan sama kerana wanita tidak boleh dihukum bagi perbuatan yang amat tidak sopan.



Mereka turut mendakwa bahawa tidak masuk akal untuk menganggap orientasi seksual tertentu sebagai jenayah sedangkan bukti saintifik menunjukkan bahawa orientasi seksual tidak boleh ditukar secara sukarela.



Encik Ong diwakili Encik Eugene Thuraisingam manakala Encik Choong diwakili Peguam Kanan Harpreet Singh Nehal dan Dr Tan pula diwakili Encik M. Ravi.



Dalam penghakiman bertulis 152 halaman oleh Encik Menon bagi pihak panel lima hakim itu, Mahkamah Rayuan menekankan bahawa rayuan yang dikemukakan itu bukan tentang sama ada Seksyen 377A harus dikekalkan atau dimansuhkan kerana hal itu berada di luar bidang kuasa mereka.



"Ia juga bukan tentang nilai moral individu homoseksual.



"Seperti yang dikatakan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, individu homoseksual merupakan sebahagian masyarakat kita serta kaum keluarga kita.



"Ini juga bukan tentang jenis asas orientasi seksual... yang merupakan persoalan di luar bidang kuasa undang-undang dan di luar skop mahkamah juga," ujar Encik Menon.



Sebaliknya, rayuan yang dikemukakan itu mempersoal sama ada Seksyen 377A tidak selari dengan perlembagaan.



Namun tambahnya, itu jawapan yang mudah yang tidak menggambarkan kerumitan isu yang sebenar.



Mahkamah Rayuan turut membentangkan ringkasan realiti politik berhubung Seksyen 377A.



Antara lain, Encik Menon berkata walaupun Seksyen 377A dikekalkan, ini adalah dengan syarat ia tidak akan dikuatkuasakan secara proaktif.



Tambahnya, langkah memutuskan untuk mengekalkan Seksyen 377A pada 2007 bertujuan menangani isu sosio-politik yang boleh memecahbelahkan itu dengan cara yang pragmatik.



Malah, kompromi politik berhubung Seksyen 377A yang dicapai pada 2007 juga bertujuan mencapai keseimbangan yang berhati-hati antara kepentingan berlainan kumpulan berbeza.




SEKILAS KES TERHADAP SEKSYEN 377A



SEKITAR 2018-2019:

Tiga lelaki - doktor perubatan umum (GP) yang telah bersara serta aktivis bagi hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), Dr Roy Tan Seng Kee; pengacara lagu, Encik Johnson Ong Ming; dan mantan pengarah eksekutif badan tidak meraih keuntungan LGBT Oogachaga, Encik Bryan Choong - fail tindakan undang-undang terhadap Seksyen 377A dalam Kanun Keseksaan; diwakili Encik M. Ravi.



NOVEMBER 2019:

Peguam yang wakili Encik Choong bentang hujah.



NOVEMBER 2019:

AGC berkata Parlimen, bukan mahkamah harus putus mansuhkan Seksyen 377A. Walau tidak dikuatkuasakan, AGC berkata Mahkamah Rayuan ambil pendirian sama pada 2014 - Seksyen 377A anggap perbuatan seks antara lelaki sebagai jenayah.



30 MAC 2020:

Mahkamah Tinggi tolak tiga tindakan guaman oleh tiga lelaki itu untuk tentang Seksyen 377A; peguam yang wakili Encik Ong dan Dr Tan kemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut.



JANUARI 2021:

Hakim dengar rayuan.



28 Februari 2022:

Mahkamah Rayuan tolak rayuan yang dikemukakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >