Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki tikam bekas isteri di ITE Central dipenjara seumur hidup

Sep 23, 2021 | 05:30 AM



SEORANG lelaki berusia 69 tahun yang menikam bekas isterinya di kampus Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central pada 2018 telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup semalam.



Minggu lalu, Seet Cher Hng, seorang pesara, telah disabitkan dengan tuduhan pembunuhan yang dikurangkan.



Seet pada mulanya didakwa dengan pembunuhan di bawah Seksyen 300(a) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati mandatori.



Bulan lalu, pihak pendakwaan mengubah pertuduhan itu kepada kepada Seksyen 300(c) bagi pembunuhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan maut kepada Cik Low Hwee Geok, 56 tahun. Tuduhan itu membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup.



Sewaktu pembunuhan itu, Seet telah bersara daripada pekerjaannya di Ibu Pejabat ITE. Cik Low merupakan pengarah divisyen peperiksaan di Kolej Pusat ITE. Pasangan itu berkahwin pada 7 April 1993, dan bercerai pada 13 Jun 2011.



Mereka mempunyai seorang anak perempuan.



Mahkamah mendengar bahawa Seet tidak berpuas hati dengan pembahagian aset perkahwinan.



Dia percaya bahawa dia tidak mendapat bahagian yang adil daripada hasil penjualan unit kondominium di Corporation Road yang telah dibeli oleh pasangan itu bersama semasa mereka berkahwin.



Semalam, mahkamah mendengar bahawa Seet telah menulis beberapa surat yang ditujukan kepada anak perempuannya, saudara perempuannya, rakannya dan polis beberapa minggu sebelum melakukan serangan tersebut.



Dalam satu surat kepada saudara perempuannya itu, Seet menulis: "Saya telah memutuskan satu lagi tindakan, untuk membawanya bersama saya.



"Dia telah membuat saya menjadi yang terbaik, untuk menjadi seorang pembunuh."



Mahkamah sebelum ini mendengar bahawa Seet juga mengaitkan perceraian itu dengan kecurangan Cik Low.



Antara 2011 dan 2018, dia membuat beberapa tuntutan melalui e-mel kepada Cik Low, meminta sejumlah $200,000 hingga $500,000.



Sekitar sebelum Tahun Baru Cina pada 2018, Seet meninggalkan sepucuk surat di kaca depan kereta Cik Low, menuntut $500,000 dan mengancam untuk memulakan prosiding undang-undang.



Cik Low tidak memberi respons kepada tuntutannya, dan Seet semakin tidak puas hati.



Pada 19 Julai 2018, Seet mengambil kereta yang ditempahnya melalui laman perkongsian kereta, dan memandu ke kampus ITE itu.



Dia tiba di tempat meletak kereta kampus itu sekitar 4.40 petang dan menunggu hingga Cik Low muncul pada 7.30 malam. Dia kemudian menikam Cik Low, dan menikam dirinya.



Polis dihubungi sekitar 7.45 malam. Cik Low disahkan meninggal dunia oleh paramedik di tempat kejadian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >