Subuh
5:35
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:03
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Lelaki tikam ibu, tumbuk nenek hingga mati ditahan buat tempoh tidak terbatas

Sep 24, 2022 | 05:30 AM

SEORANG lelaki yang menikam ibunya yang berusia 56 tahun di jantung dan menumbuk neneknya yang berusia 90 tahun sehingga mati selepas mengambil dadah lysergic acid diethylamide (LSD) yang mengubah minda, akan ditahan buat tempoh tidak terbatas.

Mahkamah Tinggi semalam mendapati Gabriel Lien Goh, 25 tahun, telah melakukan tindakan tersebut pada 2019 namun membebaskannya daripada dua tuduhan tindakan yang membawa kepada kematian berdasarkan ketidakupayaan mentalnya.

Goh didapati berada dalam minda tidak siuman semasa membunuh kededua wanita itu sekitar 7.25 malam pada 27 Oktober 2019, di Blok 7A, Commonwealth Avenue kerana menagih LSD secara sukarela.

Mahkamah diberitahu bahawa Goh meletakkan satu "tab" LSD - sekeping kertas segi empat kecil yang dibasahi dengan dadah tersebut - di bawah lidahnya selama sekitar 30 minit selepas makan tengahari dan mengalami perubahan deria.

Dia mengambil "tab" kedua sekitar sejam setengah kemudian kerana sifat ingin tahu untuk melihat lebih banyak warna psikedelik, mahkamah diberitahu.

Mahkamah juga diberitahu bahawa Goh mula mengambil LSD pada Disember 2018 dan telah mengambil dadah itu sebanyak tiga kali sebelum insiden tersebut.

Dia membeli dadah itu di Geylang.

Dia menikam ibunya, Cik Lee Soh Mui, di flat mereka dan menyerang neneknya, Cik See Keng Keng, selepas beliau melarikan diri ke unit jiran sebelah.

Hakim Valerie Thean mengarahkan Goh ditahan di pusat perubatan Kompleks Penjara Changi bergantung kepada arahan lanjut daripada Menteri Undang-Undang.

Di bawah Kanan Prosedur Jenayah, dalam kes-kes di mana tertuduh dibebaskan berdasarkan ketidakupayaan mentalnya, mahkamah mesti arahkan individu tersebut ditahan dalam tempat selamat dan bagi kes itu dilaporkan kepada menteri.

Undang-undang menyatakan bahawa menteri mungkin mengarahkan individu tersebut ditahan dalam institusi psikiatri, penjara, atau tempat lain yang sesuai untuk ditahan atas budi bicara presiden.

Ia juga menawarkan penialaian kerap ke atas keadaan mental individu tersebut sebelum sebarang kemungkinan dilepaskan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3