Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki warga Malaysia ditangkap selepas tinggalkan lori yang bawa rokok kontraban di Woodlands

Jul 06, 2018 | 01:06 PM



SEORANG lelaki berusia 31 tahun yang meninggalkan lorinya yang membawa rokok kontraban di pusat pemeriksaan Woodlands telah ditangkap hari ini (6 Julai).



Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata pegawainya menangkap lelaki warga Malaysia itu, Asrul Nizam Jamil, sehari selepas beliau meninggalkan lorinya di ruang pemeriksaan kargo di pusat pemeriksaan itu.



Akibatnya, operasi pusat pemeriksaan di Woodlands itu digantung buat sementara awal pagi semalam sementara pihak berkuasa cuba mencari pemandu lori itu.



Beberapa gambar yang dimuat naik ke media sosial menunjukkan kesesakan di pusat pemeriksaan itu akibat kejadian tersebut.



ICA berkata Asrul Nizam telah selesai menjalani pemeriksaan imigresen dan lorinya sedang menjalani pemeriksaan lanjut sekitar 2.50 pagi semalam apabila beliau meninggalkan kenderaannya itu.



Pegawai ICA kemudian menemui sekitar 5,000 paket rokok yang tidak dibayar cukai tersembunyi dalam lori itu.



Siasatan sedang dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >