Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki warga S’pura berusia 64 tahun mati setelah diterbangkan dari Indonesia untuk rawatan Covid-19

Feb 28, 2021 | 07:42 AM



Seorang lelaki warga Singapura berusia 64 tahun telah mati kerana komplikasi Covid-19 pada Jumaat (26 Feb) selepas menjangkiti koronavirus semasa menetap di Indonesia.



Kementerian Kesihatan (MOH) berkata pada Sabtu (27 Feb) bahawa lelaki itu tinggal  di Indonesia sejak 17 Mac tahun lalu dan memiliki sejarah tahap lemak yang lebih tinggi daripada biasa. 



Kali pertama beliau diuji positif untuk koronavirus adalah pada 26 Januari ketika di Indonesia dan dimasukkan hospital pada hari seterusnya.



Beliau kemudian dipindahkan ke Pusat Penyakit Berjangkit Nasional (NCID) untuk menerima rawatan pada 29 Januari. Ujian koronavirus diambil menunjukkan keputusan positif pada 30 Januari.



Memandangkan beliau adalah kes didaftar luar negara maka beliau tidak termasuk dalam kiraan kes Covid-19 setempat, kata MOH. 



NCID sudah menghubungi keluarga beliau dan memberikan bantuan kepada mereka. 



Sementara itu, 12 kes baru dilaporkan sehingga tengah hari Sabtu dan kesemuanya adalah kes import.



Kes baru itu termasuk dua warga Singapura yang mashing-masing baru pulang dari Amiriah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat; dua pemegang pas tanggungan yang tiba dari India dan Myanmar; tiga pemegang pas kerja dari Brazil, India dan Netherlands serta lima pemegang permit kerja dari India, Indonesia dan Malaysia.



Empat daripada kes baru itu merupakan pekerja domestik asing. 



Daripada 12 kes baru ini, 11 adalah asimptomatik dan dikesan menerusi pemantauan pemeriksaan proaktif manakala seorang wanita berusia berusia 40 tahun,  yang memegang permit kerja dari India, menunjukkan gejala. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >