Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:32
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki warga S'pura diberkas, lebih 4kg dadah dirampas semasa serbuan di Bras Basah

May 11, 2022 | 04:35 PM



SEORANG warga Singapura berusia 31 tahun telah diberkas pada Isnin (9 Mei) kerana disyaki mengedar dadah, setelah lebih 4 kilogram dadah pelbagai jenis dirampas dari bilik hotel di Bras Basah Road.



Dadah itu mempunyai nilai jalanan $177,000, kata Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam satu kenyataan pada Rabu (11 Mei).



Semasa serbuan itu, pegawai CNB merampas sekitar 65 gram 'Ice', 2,155 gram ganja, 5 gram ketamine, 360 gram tablet 'Ecstasy', beberapa setem LSD (lysergic acid diethylamide), 1,310 gram pil Erimin-5 dan 700 gram uncang campuran minuman yang dipercayai mengandungi dadah terkawal.



Jumlah ganja yang dirampas adalah mencukupi untuk menampung ketagihan 307 pendera, kata CNB.



Jika seseorang didapati bersalah mengedar lebih daripada 500 gram ganja, dia berdepan hukuman mati.



Menurut CNB, para pegawainya terpaksa memaksa masuk bilik hotel itu pada petang Isnin lalu selepas lelaki tersebut enggan mematuhi arahan mereka.



Lelaki itu ditahan di dalam tandas di mana dia disyaki telah membuang dadah ke dalam mangkuk tandas.



Dadah ditemui di pelbagai lokasi di dalam bilik hotel termasuk mangkuk tandas, tangki dan saliran air.



Siasatan terhadap aktiviti berkaitan dadah suspek yang telah diberkas sedang dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >