Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki warga S'pura terkorban selepas kemalangan jalan raya di KL

Sep 16, 2019 | 04:31 PM



SEORANG lelaki warga Singapura terkorban apabila keretanya terbabas selepas terlanggar motosikal sehingga menyebabkan ia melanggar penghadang jalan raya yang dipenuhi air di sebuah jambatan yang masih dalam pembinaan di Kuala Lumpur, awal pagi hari Sabtu (14 Sep).



Menurut the New Straits Times (NST), kemalangan itu berlaku di Lebuhraya Timur-Barat berdekatan dengan Mid Valley Megamall pada pukul tiga pagi apabila sebuah kereta Volkswagen Passat terlanggar motosikal Honda EX5 yang menyebabkan pemandu kereta itu hilang kawalan.



Pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan tersebut, Chua Zhijian, 37 tahun adalah seorang pengarah penjualan yang bertugas di Kuala Lumpur (KL).



Jurucakap Pusat Operasi Bomba dan Penyelamat di KL berkata, mereka dimaklumkan mengenai kemalangan itu pada 3.09 pagi dan mereka menemui kenderaan Volkswagen itu musnah ditimpa bingkai besi jambatan.



Penolong Suruhanjaya Encik Zulkefly Yahya, yang juga Ketua Jabatan Penguatkuasaan dan Penyiasatan Lalu Lintas KL berkata, kemalangan itu masih sedang disiasat dan mayat mangsa itu telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk dibedah siasat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >