Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki yang belum divaksin maut akibat Covid-19

Aug 13, 2021 | 05:30 AM



SEORANG warga Singapura berusia 69 tahun meninggal dunia akibat komplikasi disebabkan oleh Covid-19 kelmarin.



Lelaki itu, yang belum divaksin, mengalami simptom pada 28 Julai dan dimasukkan ke Hospital Tan Tock Seng pada keesokan harinya, di mana beliau disahkan positif menghidap koronavirus itu, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataannya.



Beliau mempunyai sejarah strok, kencing manis, darah tinggi dan kolesterol tinggi.



Ini menjadikan jumlah kematian di sini akibat komplikasi Covid-19 kepada 43 orang.



Tiga kelompok baru juga diumumkan oleh kementerian itu kelmarin.



Salah satu daripadanya melibatkan Prasekolah Superland di Pusat Masyarakat Kreta Ayer, dengan empat kes dikaitkan dengannya.



Lagi dua kelompok dikaitkan dengan dua kes, dan mempunyai sembilan jangkitan yang dikaitkan dengannya.



Kelmarin, MOH turut menyatakan 508 kes masih dirawat di hospital. Terdapat 35 kes penyakit serius yang memerlukan sokongan oksigen, dan lapan orang berada dalam keadaan kritikal di Unit Jagaan Rapi (ICU).



Ini adalah penurunan daripada 11 di ICU pada Selasa. Daripada 43 kes itu, tujuh daripadanya telah menerima dua dos vaksin.



Di kalangan mereka yang jatuh sakit, 36 adalah warga emas berusia lebih 60 tahun, dengan 29 daripada mereka belum divaksin atau baru menerima satu dos vaksin.



"Terdapat bukti yang berterusan bahawa hampir semua individu yang divaksin sepenuhnya tidak menderita penyakit serius apabila dijangkiti, kecuali jika mereka mempunyai kondisi perubatan yang membuat mereka lebih terjejas," kata MOH.



Ia menambah bahawa sepanjang 28 hari terakhir, 8.7 peratus daripada mereka yang tidak divaksin menjadi sakit teruk atau meninggal dunia, sementara bahagian mereka yang telah divaksin sepenuhnya dalam kategori itu adalah 0.9 peratus.



Sehingga 10 Ogos, sejumlah 8,193,151 dos vaksin Covid-19 telah diberikan di bawah program vaksinasi nasional, meliputi 4,383,631 individu, dengan 3,936,162 orang telah menerima dua dos vaksin.



Selain itu, 138,879 dos vaksin lain dalam Senarai Penggunaan Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah diberikan sehingga 10 Ogos, merangkumi 82,406 individu.



Secara keseluruhan, 72 peratus daripada penduduk di sini telah selesai menerima dua dos vaksin, dan 81 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.




"Terdapat bukti yang berterusan bahawa hampir semua individu yang divaksin sepenuhnya tidak menderita penyakit serius apabila dijangkiti, kecuali jika mereka mempunyai kondisi perubatan yang membuat mereka lebih terjejas. Sepanjang 28 hari yang lalu, 8.7% mereka yang tidak divaksin mengalami sakit teruk atau meninggal dunia, sementara bagi yang menerima vaksin, kadarnya hanya 0.9%."
- Kementerian Kesihatan (MOH).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >