Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki yang bunuh isteri depan anak 10 tahun dipenjara 10 tahun

Jul 12, 2018 | 03:23 PM



SEORANG budak perempuan berusia 10 tahun bergegas masuk ke bilik ibunya selepas mendengar pekikan.



Namun apa yang dilihatnya – bapanya menikam ibunya beberapa kali – menyebabkannya mengalami simptom gangguan tekanan selepas trauma (PTSD) termasuk melihat bayang-bayang dan imej pisau.



Mahkamah Tinggi juga diberitahu budak perempuan itu juga akan menangis pada waktu malam.



Mohamad Jonit Adnan, 38 tahun, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun hari ini (12 Julai) kerana membunuh isterinya, Cik Sri Idayu Ghazali, 29 tahun, yang sudah berpisah dengannya di flat mereka di Yishun Ring Road pada 13 Ogos 2016.



Jonit yang menikam isterinya lebih 30 kali didapati mengalami kemurungan teruk ketika itu.



Dia mengaku bersalah terhadap tuduhan membunuh tanpa niat namun tidak membawa kepada tuduhan membunuh.



Ini kerana keadaan psikiatrinya mengurangkan tanggungjawab mentalnya bagi tindakannya.



Mahkamah diberitahu bahawa pasangan yang berkahwin pada 2007 itu mempunyai dua anak perempuan dan hubungan mereka bermasalah.



Jonit tidak mempunyai pekerjaan stabil dan mempunyai hubungan dengan wanita lain.



Cik Sri Idayu mendaftarkan tuntutan cerai pada Mac 2016.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >