Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Lelaki yang didakwa hentak kepala bayi ke lantai van hadapi tuduhan bunuh

Nov 16, 2019 | 05:30 AM



LELAKI berusia 27 tahun yang dipercayai menghentak kepala bayi ke lantai van, kini berdepan dengan tuduhan membunuh bayi berusia sembilan bulan itu.



Mohamed Aliff Mohamed Yusoff, pada asalnya dikenakan satu tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan teruk lapor The Straits Times.



Dokumen mahkamah menunjukkan kejadian itu berlaku antara 10 malam pada 7 November lalu, dengan 12.15 pagi pada hari selanjutnya, di tempat letak kereta bertingkat di Blok 840A, Yishun Street 81.



Bayi berusia sembilan bulan itu, Izz Fayyaz Zayani Ahmad, dipercayai meninggal dunia pada 8 November, dan dikebumikan dua hari selepas itu, mengikut pos Facebook yang diterbitkan anggota keluarga.



Mohamed Aliff, menurut laporan akhbar bahasa Cina Shin Min Daily News, ialah teman lelaki ibu bayi itu.



Dia bertugas dalam bidang ubah elok dan kini ditahan di Divisyen Polis Central bagi siasatan lanjut.



Mohamed Aliff dijadual menghadap mahkamah lagi pada 22 November.



Jika sabit kesalahan, dia boleh dijatuhkan hukuman mati, atau rotan dan penjara seumur hidup.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >