Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki yang didakwa terbangkan dron di Padang semasa NDP akan mengaku bersalah

Oct 02, 2019 | 04:25 PM



SEORANG lelaki yang didakwa menerbangkan dron di kawasan padang semasa Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) baru-baru ini memberitahu mahkamah daerah beliau akan mengaku bersalah terhadap tuduhan itu. 



Tan Jin Kang, 21 tahun, didakwa hari ini atas tuduhan di bawah Akta Ketenteraman Awam. 



Beliau dituduh menerbangkan DJI Mavic 2 zoom dron di kawasan Raffles Avenue di hadapan Singapore Flyer sekitar 8 malam pada 9 Ogos. 



Dron tersebut, yang digambarkan sebagai “barangan terlarang” dalam dokumen mahkamah, dikatakan telah diterbangkan setinggi 10.8 meter selama 45 saat. 



Dokumen mahkamah tidak menyatakan kenapa Tan mengendalikan dron tersebut pada hari itu. 



Dalam kenyataan semalam, polis berkata NDP tahun ini yang diadakan di Padang telah dikategorikan sebagai “acara khas dengan keselamatan yang dipertingkat” di bawah Akta Ketenteraman Awam pada 9 Ogos lalu. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >