Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki yang digigit ular sawa di Orchard pulih selepas bedah bagi keluarkan gigi ular

Jan 31, 2019 | 06:18 PM



ANTICIMEX, firma kawalan perosak yang kakitangannya dilihat menangkap ular sawa sepanjang tiga meter di luar Tang Plaza Selasa lalu (29 Jan), mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas keprihatinan dan sokongan yang ditunjukkan kepada salah seorang pekerjanya yang cedera dalam kejadian itu.



Ia menulis kiriman di Facebook mengatakan bahawa lelaki yang cedera itu harus menjalani pembedahan kecil untuk mengeluarkan gigi ular yang tertanam, dan sedang pulih.



Pengarah urusan dan presiden bahagian Asia Anticimex, Encik Tony Hurst, juga menjelaskan bahawa keadaan Selasa lalu "sangat tidak menentu dan tidak dapat diramal" dan memerlukan kakitangan bertindak dengan cepat.



Pakar yang dihubungi akhbar The Straits Times sebelum ini mengecam cara ular itu ditangani, menyifatkannya sebagai "dahsyat" dan "kasar, tidak terlatih dan tiada belas".



Encik Hurst menulis: "Apabila ular itu cuba mengelak bendungan, tidak menahan ular itu dengan apa-apa cara boleh menyebabkan akibat buruk di kawasan sibuk dan sesak ini."



Beliau menambah bahawa melindungi orang awam sentiasa menjadi pertimbangan utama syarikat itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >