Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki yang dirakam lontar kata kesat, hentak teksi dalam video tular, didakwa

Oct 14, 2021 | 04:18 PM



SEORANG lelaki yang melontar kata-kata kesat dan menghentak cermin sisi sebuah teksi dalam kejadian yang dirakam seorang penumpang dalam video tular didakwa di mahkamah kerana perbuatan terburu-burunya itu.



Pada Khamis (14 Oktober), Joel Tan Qing Wei, 30 tahun, didakwa membahayakan keselamatan orang lain di sebuah jalan berhampiran Blok 804B Keat Hong Close di Choa Chu Kang sekitar 6 petang Ahad (10 Oktober).



Warga Singapura itu dikatakan telah membuang pengelap cermin belakang ke arah sebuah teksi yang tidak bergerak sehingga menyebabkan cermin hadapan teksi itu pecah di kala masih ada penumpang dalam teksi berkenaan.



Dalam klip video itu, lelaki yang menggunakan kemeja-T berwarna gelap dilihat mengambil topi keledar motosikal dari jalan sebelum menggunakannya untuk menghentak cermin sisi teksi berwarna kuning itu.



Dia juga kedengaran melontar kata-kata kesat.



Satu video berasingan mengenai kekecohan yang berlaku itu telah dirakam salah seorang penumpang teksi itu sambil menunjukkan lelaki itu berjalan mengelilingi teksi berkenaan sambil melontarkan kata-kata lucah.



Seorang penumpang lain kedengaran menghubungi polis sambil menggendung anaknya.



Dokumen mahkamah bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa teksi itu terhenti di situ.



Kejadian itu dikatakan berlaku kerana perselisihan faham tentang trafik.



Dalam kenyataan awal, polis berkata pemandu teksi itu dan penumpangnya tidak cedera dalam kejadian itu.



Tan juga sedang disiasat kerana kesalahan termasuk kenakalan dan kegagalan menggunakan pelitup di tempat awam.



Mahkamah diberitahu bahawa dia sedang disiasat Biro Narkotik Pusat (CNB) kerana kesalahan berkaitan dadah.



Dia diberi ikat jamin $5,000 dengan kesnya bakal didengar lagi pada 28 Oktober.



Di atas kesalahan melakukan tindakan terburu-buru, seorang pesalah boleh dipenjara hingga enam bulan dan didenda hingga $2,500.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >