Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki yang ganggu 2 wanita dengan kata-kata perkauman ingin ngaku salah

Jun 24, 2021 | 05:53 PM



SEORANG lelaki yang dikatakan mengganggu dua wanita dengan kata-kata berbaur perkauman dalam kejadian berasingan ingin mengaku bersalah di atas perbuatannya, Mahkamah Daerah diberitahu pada Khamis (24 Jun).



Periyanayagam Appavoo, 52 tahun, didakwa dengan dua tuduhan mengganggu dan satu tuduhan menggunakan kekerasan jenayah ke atas seorang lelaki.



Bangsa tertuduh di samping bangsa mangsa tidak didedahkan dalam dokumen mahkamah ini.



Dia dijangka mengaku bersalah pada 27 Julai.



Periyanayagam berada di pasar raya  Rivervale Drive di Sengkang pada 23 April lalu di mana dia dikatakan mendera secara lisan seorang wanita yang dikenali sebagai Cik Kamsuna dengan kata-kata perkauman.



Dia dikatakan memberitahu Cik Kasuna: “Jaga baik-baik kerana aku akan datang untuk pukul kau...Kau orang Cina bawa Covid ke Singapura.”



Periyanayagam kemudian berada di Hospital Besar Sengkang pada 23 Jun tahun lalu apabila dia dikatakan menjadikan seorang jururawat, Cik Catherine Lam, sebagai sasaran dan melontar kata-kata berbaur perkauman.



Dia dikatakan menuding jarinya ke arah Cik Lim dan memekik:

“Kau orang Cina, orang Cina bodoh. Aku mahu doktor India.”



Di hospital itu,  Periyanayagam juga dituduh menggunakan kekerasan dengan mencengkam leher Encik Muhammad Faizuan Ahmad.



Keterangan lanjut tentang Encik Faizuan dan Cik Kamsuna tidak didedahkan dalam dokumen mahkamah.



Di atas kesalahan mengganggu pekerja khidmat awam, seorang pesalah boleh dipenjara hingga dua tahun dan didenda hingga $10,000.



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >