Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki yang guna bahasa prejudis terhadap pemandu SBS mengaku bersalah atas gangguan berulang

Sep 01, 2021 | 10:09 PM



SEORANG lelaki yang menggunakan bahasa berbaur prejudis dan merakam penstriman secara langsung persemukaannya dengan pemandu bas SBS bagi memalukannya mengaku bersalah pada Rabu (1 September) atas kesalahan mengganggu berkali-kali.



Kapten bas SBS, Xu Bo, seorang warga China, telah melarang Nimal De Silva daripada menaiki bas yang dipandu kerana dia menggunakan kelasak leher bagi menutupi mulutnya dan bukannya pelitup yang sewajarnya.



Kerana tidak senang dengan tindakan pemandu itu, warga Singapura yang kini berusia 44 tahun itu, menaiki bas itu dan bersemuka dengan pemandu berusia 55 tahun itu.



Dia kemudian menggunakan bahasa kesat dan melontarkan kecaman berbaur perkauman kepada pemandu itu sambil merakam penstriman langsung peristiwa itu di Facebook.



Kejadian itu berlaku sekitar 6 petang pada 19 Ogos tahun lalu.



De Silva berada di perhentian bas sekitar Nicoll Highway apabila dia cuba menaiki bas nombor 196 sambil menggunakan kelasak atau kain yang menyaluti lehernya agar terasa kehangatannya.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Cheah Wenjie berkata mangsa enggan membenarkan De Silva menaiki bas itu kerana tidak pasti jika kelasak itu sejajar dengan dasar menggunakan pelitup yang diperkenalkan SBS Transit ketika penumpang berada dalam bas.



"Pada masa yang sama, mangsa telah menghubungi pusat operasi SBS Transit bagi mendapatkan penjelasan sama ada kelasak leher itu sejajar dengan dasar memakai pelitup SBS Transit dalam bas," tambah DPP.



Kerana rasa kurang senang, De Silva telah menggunakan butang kecemasan pintu di luar bas bagi membuka pintu itu dan menaiki kenderaan tersebut sebelum memulakan penstriman langsungnya.



DPP Cheah berkata sepanjang kejadian itu, mangsa yang tidak fasih berbahasa Inggeris cuba mendapatkan penjelasan daripada pusat operasi SBS Transit menerusi panggilan radio jika kelasak leher itu dibenarkan.



"Mangsa cuba mendapatkan pihak pusat operasi SBS Transit agar berbual dengan si tertuduh tetapi diberitahu pusat operasi itu akan menghubungi polis bagi mendapatkan bantuan," jelas DPP Cheah.



Pada satu masa, seorang penumpang bas menawarkan pelitup kepada De Silva bagi menghurai isu itu. Namun, tawarannya ditolak dengan alasan De Silva dia tidak akan mengalah dengan si pemandu.



Kerana itu, Encik Xu tidak dapat meneruskan perjalanan basnya. Penumpang bas itu terpaksa turun dan menanti bas selanjutnya.



Dalam meminta agar hukuman jel yang ringkas dan denda tinggi diberikan kepada De Silva, DPP Cheah berkata: "Yang tertuduh telah menstrim secara penuh keseluruhan kejadian itu bagi memalukan mangsa.



"Dengan berbuat demikian, dia menayangkan bahasa berbaur perkauman dan prejudis pada platform global Internet - menyebabkan ramai yang tidak mampu berdiam malah marah hasil perbuatannya itu."



De Silva dijadualkan dijatuhkan hukuman pada 27 September.



Kerana kesalahan mengganggu, si pesalah boleh dipenjara hingga setahun dan didenda hingga $5,000.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >