Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki yang jatuh beberapa tingkat di Ngee Ann City merupakan warga Amerika

Jul 16, 2019 | 04:05 PM



KEDUTAAN Amerika Syarikat di sini telah mengesahkan kematian seorang warga Amerika di sini.



Ini menyusuli pertanyaan akhbar The Straits Times berhubung lelaki yang meninggal dunia selepas jatuh beberapa tingkat di pusat beli-belah Ngee Ann City kelmarin (14 Julai).





Jurucakap kedutaan itu, Encik Cain Harrelson, berkata:



“Kami mengesahkan kematian seorang warga Amerika di Singapura.



“Apabila warga Amerika meninggal dunia di luar negara, jabatan ini menawarkan segala bantuan konsular yang sewajarnya kepada keluarganya.”



Namun tambahnya, mereka tidak dapat mengulas lanjut bagi menghormati keluarganya.



Seorang lelaki berusia 35 tahun meninggal dunia selepas jatuh beberapa tingkat depan sebuah kedai di besmen dua pusat beli-belah itu.



Polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dimaklumkan tentang kejadian tersebut sekitar 2 petang.



Lelaki itu ditemui terbaring kaku dan dibawah ke Hospital Tan Tock Seng dalam keadaan tidak sedar. Beliau kemudian meninggal dunia di sana.



Polis sedang menyiasat kematian luar biasa itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >