Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki yang jatuh di Ngee Ann City merupakan warga Amerika yang bekerja di S'pura

Jul 17, 2019 | 11:21 AM



LELAKI berusia 35 tahun yang jatuh beberapa tingkat di pusat beli-belah Ngee Ann City dan kemudian meninggal dunia Ahad lalu telah dikenal pasti sebagai Encik Aman Demoz Solomon.



Beliau seorang warga Amerika yang bekerja dengan sebuah syarikat pengurusan pelaburan hartanah di sini.



Menurut profil LinkedIn beliau, Encik Solomon sudah bekerja di Singapura sejak Februari tahun lalu sebagai peguam dan ketua pegawai pematuhan bagi syarikat CBRE Global Investors Asia-Pacific.



Menurut akhbar The Straits Times, jurucakap CBRE Global Investors mengesahkan semalam (16 Julai) bahawa Encik Solomon merupakan kakitangan firma itu.



“Kami mengucapkan simpati dan takziah kepada keluarganya,” katanya yang enggan mengulas lanjut demi menghormati privasi keluarga Encik Solomon.



Semalam, keluarganya – dipercayai termasuk ibu bapa dan isterinya – tiba di rumah mayat di Outram Road sekitar 9 pagi.



Encik Solomon meninggal dunia selepas jatuh beberapa tingkat depan sebuah kedai di besmen dua pusat beli-belah di Orchard Road itu.



Polis sedang menyiasat kematian luar biasa itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >