Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki yang kecam pegawai Polis Trafik di FB ditangkap kerana mencuri

Jun 05, 2017 | 03:51 PM



SEORANG lelaki yang mengkritik seorang pegawai Polis Trafik menerusi kirimannya di Facebook telah ditangkap kerana mencuri barang kedai.

Pegawai tersebut telah meninggal dunia baru-baru ini semasa menjalankan tugas.

Thomas Chua Poh Heng, 39 tahun, ditangkap semalam sekitar 5.37 pagi kerana didakwa mencuri barang di sebuah gedung serbaneka dekat Syed Alwi Road, kata polis dalam satu kenyataan media awal pagi tadi.

The Straits Times difahamkan gedung serbaneka yang dimaksudkan itu ialah Mustafa Centre.

Chua ditahan oleh pegawai keselamatan dalaman di luar gedung itu dengan barang yang tidak dibayar sebelum dia diserahkan kepada polis.

Polis berkata Chua, sebelum ditangkap bagi dakwaan mencuri barang kedai, sudahpun disiasat bagi tiga lagi laporan polis berasingan sejak Januari lalu.

Chua dibidas teruk oleh warga Internet selepas dia menulis dalam satu pos Facebook mengecam Allahyarham Staf Sarjan Nadzrie Matin, 29 tahun, yang meninggal dunia semasa menjalankan tugas menyusuli satu kemalangan di sepanjang Serangoon Road Khamis lalu (1 Jun), kerana menyamannya.

Pos itu telah pun diturunkan.

Adalah difahamkan meskipun Chua disaman beberapa kali ekoran melanggar peraturan trafik, tiada saman yang diberikan Allahyarham SSG Nadzrie. - ST




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >