Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki yang maki pengawal keselamatan kondo buat laporan polis ekoran gangguan padanya

Oct 30, 2019 | 11:47 AM



SATU laporan polis telah difailkan atas perbuatan mencungkil maklumat peribadi lelaki yang dirakam memaki pengawali keselamatan di kondominiumnya, dan menonjolkannya supaya ia menjadi bahan cemuhan orang ramai.



Polis mengesahkan semalam (29 Oktober) bahawa laporan lantaran gangguan telah difailkan berkaitan insiden pada hujung minggu Deepavali lalu, namun tidak mendedahkan siapa yang membuat laporan itu.



The Straits Times difahamkan bahawa laporan itu dibuat oleh lelaki dalam video itu sendiri.



Sejak Mei, Akta Perlindungan Daripada Gangguan (POHA) telah diubah untuk melarang kelakuan mengorek maklumat peribadi seseorang dan menyiarkannya dalam talian dengan niat jahat, atau bersifat ganas atau mewujudkan rasa takut terhadap keganasan kepada seseorang. Mereka yang didapati bersalah boleh dipenjara sehingga setahun dan didenda $5,000. 



Dalam video yang dimuat naik di YouTube Jumaat lepas (25 Oktober), lelaki itu dirakam memaki pegawai keselamatan bertugas setelah diberitahu olehnya bahawa dia perlu membayar $10 untuk tempat letak kereta tetamunya yang ingin meletakkan kereta di dalam kawasan kondominium tersebut.



Pegawai keselamatan itu juga telah membuat laporan polis berasingan mengenai kejadian tersebut. 

 





 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >