Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki yang menipu perempuan dari khidmat cari jodoh mengaku bersalah kepada beberapa tuduhan menipu lain

Feb 22, 2019 | 04:27 PM



 





Seorang perempuan yang ditipu lebih $68,000 oleh bekas teman lelakinya pada 2016, kini sedar beliau bukan mangsa tunggal.



Lelaki itu, Peter Aw Boo Cheong, 47 tahun, mengaku bersalah kepada 14 tuduhan menipu melibatkan hampir $250,000 pada 28 November tahun lalu.



Selepas membaca tentang kes Aw di akhbar The Straits Times, perempuan berusia 50 tahun itu membuat laporan polis.



Pada Khamis, (21 Feb) Aw, yang menganggur, mengaku kepada tiga tuduhan menipu melibatkan $57,250. Perempuan itu salah seorang daripada enam  mangsanya.



Siasatan polis menunjukkan bahawa Aw, seorang penduduk tetap dari Malaysia, mula mengadakan hubungan romantik dengan perempuan itu selepas bertemu melalui aplikasi (app) cari jodoh Tinder pada 2016.



Aw menggelar dirinya sebagai Daniel dan berkata beliau seorang pedagang perak yang berpengalaman.



Aw memberitahu perempuan itu tentang peluang pelaburan yang boleh mengaup keuntungan lumayan.



Timbalan Pendakwaraya Tan Hsiao Tien berkata:



“Dalam urusan si tertuduh dengan mangsa, dia membuat mangsa percaya dia adalah seorang yang berwibawa dan boleh dipercayai, dan seseorang yang mempunyai maklumat bernilai tentang pelaburan, selain berupaya membantunya membuat pelaburan dalam perak bagi kebaikannya.”



“Sebaliknya, si tertuduh bukan seorang pedagang dan tidak pernah membuat pelaburan dalam matawan asing atau komoditi. Si tertuduh tidak menggunakan sebarang wang yang diambilnya bagi sebarang pelaburan.”



Terpedaya, perempuan itu menyerahkan lebih $68,250 kepada Aw antara Mei dengan Jun 2016.



Aw menggunakan tipu helah yang sama untuk menipu  lagi lima perempuan antara Ogos 2016 dengan Julai 2017.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >