Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki yang rakam penghuni wanita guna bilik mandi dalam flat dipenjara 12 minggu

May 25, 2022 | 10:53 PM



SEORANG lelaki yang memasang kamera lubang jarum di dalam bilik mandi untuk merakam penghuni wanita yang berkongsi flat dengannya telah dihukum penjara 12 minggu.



Pada Rabu (25 Mei), Shazrul Hafeez Sabri Chong, 28 tahun,didapati bersalah di mahkamah daerah atas satu kesalahan menghina harga diri seorang wanita dan satu lagi kesalahan mengintip.



Empat lagi tuduhan serupa dipertimbangkan dalam menghukumnya.



Mangsa dan lokasi flat itu tidak boleh dinamakan atas perintah mahkamah bagi melindungi identiti mereka.



Mahkamah diberitahu bahawa warga Malaysia itu menyewakan bilik dalam flatnya kepada beberapa wanita.



Dia menyembunyikan kamera lubang jarum itu di bilik mandi pada 2019.



Pada 12 September 2020, apabila salah seorang wanita itu sedang mandi, beliau terperasan ada kamera di lantai bilik mandi itu. Beliau kemudian menonton kandungan yang terakam pada kad simpanan dalam kamera itu dan ternampak klip video Shazrul Hafeez sedang membetulkan kamera itu.



Beliau membuat laporan polis.



Sewaktu siasatan, Shazrul Hafeez mengaku dia membeli kamera itu di aplikasi Lazada dan meletakkannya di tingkap bilik mandi itu.



Beliau berkata kamera itu akan merakam klip video bagi tempoh tiga jam sebelum baterinya habis.



Rakaman seorang wanita lain dalam pelbagai posisi menanggalkan pakaiannya pada 2019 kemudian ditemui pada alat elektronik miliknya.



Wanita itu juga penyewa bilik di situ. Shazrul Hafeez menjelaskan dia menyimpan rakaman itu untuk kepuasan peribadi.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Lydia Goh berkata Shazrul Hafeez telah menyalahgunakan kepercayaan wanita yang menyewa bilik memandangkan mereka berkongsi isi rumah yang sama.



"Kesalahan itu mungkin akan diteruskan jika mangsa pertama itu tidak menemui kamera lubang jarum itu," tambah DPP Goh.



Peguam Shazrul Hafeez, Kalaithasan Karuppaya memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya telah menghadiri kaunseling selepas itu bagi mengekang dirinya daripada melakukan jenayah serupa.



Di atas kesalahan mengintip, pesalah boleh dipenjara hingga dua tahun, didenda atau dihukum dengan gabungan hukuman ini.



Kerana menghina harga diri seorang wanita, si pesalah boleh dipenjara hingga setahun, didenda atau kededuanya sekali.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >