Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki yang rancang curi alat e-rokok antara lapan didakwa HSA

Nov 17, 2021 | 05:30 AM



SEORANG lelaki berusia 23 tahun telah merancang bersama dua orang lain untuk mencuri alat merokok elektronik daripada seorang penghantar supaya dapat menjual semula barang terlarang itu untuk mendapat keuntungan.



Namun rancangan tersebut gagal apabila penghantar itu menghubungi polis dan ketiga-tiga lelaki itu ditangkap.



Justin Yeo Kiong Swee dijatuhkan hukuman penjara selama dua minggu dan didenda $2,000 pada 27 Oktober.



Kes baki dua pesalah belum selesai.



Yeo adalah salah seorang daripada lapan orang yang didakwa oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA) antara Julai dan Oktober tahun ini kerana penjualan haram rokok elektronik dan peralatan yang berkaitan dengannya.



Pesalah yang paling muda berusia 19 tahun.



Lebih $70,000 nilai rokok elektronik dan peralatannya, yang dibeli dari luar negara dan dijual dalam talian, telah dirampas.



Lapan pesalah itu didenda $57,000 secara keseluruhan.



Tang Wee Meng, 19 tahun, ditahan pegawai polis apabila cuba menyeludup barangan tersebut merentas Imigresen Woodlands.



Dia telah menjual rokok elektronik menerusi platform Telegram. Tang dijatuhkan hukuman 15 bulan probesen pada Julai untuk kesalahannya.



Satu lagi pesalah ialah Yew Chee Sian, 32 tahun, yang ditangkap kerana menyeludup lebih 7,000 peralatan rokok elektronik melalui pos untuk menjualnya.



Antara lapan pesalah itu, Yew dikenakan denda tertinggi iaitu $40,500 atas kesalahannya di bawah Akta Tembakau.



HSA berkata ia telah mendakwa 64 orang antara Januari 2018 dan Oktober tahun ini kerana menjual rokok elektronik dan barangan berkaitan.



"Denda tertinggi yang dikenakan sejauh ini ialah $99,000 untuk penjualan barang terlarang ini. Terdapat juga kes di mana seseorang dijatuhkan hukuman penjara seminggu dan didenda $61,000," kata HSA.



Mereka yang disabitkan kesalahan menjual, mengimport atau mengedar rokok elektronik dan barangan berkaitan boleh didenda sehingga $10,000 dan dipenjara sehingga enam bulan untuk kesalahan kali pertama.



Bagi pesalah berulang, hukuman maksimum akan dijatuhkan iaitu denda sebanyak $20,000 dan dipenjara hingga setahun.



Sejak 1 Februari 2018, memiliki, membeli atau menggunakan rokok eletronik adalah menyalahi undang-undang.



Hukumannya adalah denda sehingga $2,000 bagi setiap kesalahan.



HSA berkata tindakan telah diambil ke atas seramai 6,354 orang bagi kesalahan itu antara Februari 2018 hingga Oktober tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >