Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki yang suruh teman wanita ambil gambar bogel ibu dipenjara 20 minggu

Sep 08, 2022 | 07:47 PM



SEORANG lelaki berusia 25 tahun meminta teman wanitanya menghantar beliau gambar bogel dirinya lima kali seminggu dan apabila wanita itu enggan, dia mengancam akan membunuh diri, memukul wanita tersebut atau memuat naik gambar intimnya di dalam talian.



Pada awal 2020, lelaki itu, yang namanya tidak boleh didedahkan untuk melindungi identiti mangsa, memberitahu wanita itu bahawa gambar bogelnya tidak lagi memuaskan keinginan seksualnya.



Oleh kerana beliau takut lelaki itu akan melaksanakan ancamannya, wanita yang berusia 23 tahun itu menyarankan agar dia membayangkan dirinya sedang mengadakan seks dengan ibu wanita itu.



Lelaki itu kemudian meminta mangsa mengambil gambar lucah ibu beliau dan menghantarkannya kepada dia dan wanita itu menuruti permintaannya.



Lelaki warga Singapura itu dijatuhi hukuman penjara 20 minggu hari ini (8 September) selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan mengancam menyebarkan bahan intim teman wanitanya tanpa kebenaran beliau dan menghasut wanita itu melakukan perbuatan voyeurisme.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >