Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lencana Pertahanan Mutlak baru untuk sukarelawan masyarakat

Feb 06, 2021 | 03:01 PM



Satu Program Lencana Pencapai Pertahanan Mutlak baru telah dilancarkan secara maya hari ini (6 Februari) untuk sukarelawan dalam Pasukan Respons Kecemasan Masyarakat (CERT) bagi mempersiapkan mereka untuk melaksanakan Pertahanan Mutlak semasa krisis. 



Program itu yang dimulakan oleh Nexus dan Divisyen Kesediaan Kecemasan Persatuan Rakyat (PA), direka untuk sukarelawan CERT di bawah Jawatankusa Kecemasan dan Penglibatan Masyarakat (C2E).



Sukarelawan ini dilatih untuk memberi respons terhadap kecemasan dan membantu masyarakat dalam proses pemulihan, menurut kenyataan Kementerian Pertahanan (Mindef). 



Seramai 103 sukarelawan CERT yang terlatih dalam CPR, menerima Lencana Gangsa selepas menyelesaikan Bengkel Berjaga-jaga Masyarakat dan Bengkel Pertahanan Mutlak.



Lebih 2,000 ahli CERT aktif dijangka menjalani Program Lencana Pencapai Pertahanan Mutlak.



Selain program baru ini, orang awam boleh menjangkakan kegiatan Pertahanan Mutlak yang menarik, dianjurkan sekarang hingga bulan depan. Ini termasuk acara larian maya bertema Pertahanan Mutlak dan pameran khas. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >