Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN INFOGRAFIK: MENANGANI PERUBAHAN IKLIM

'Lengan' besi besar mungkin adang pinggir pantai SG dari paras laut melampau

Agensi air negara PUB sedang mengkaji kebolehlaksanaan memasang pengadang untuk lindungi pinggir pantai bahagian barat daya Singapura daripada pusuan ribut dan kenaikan paras laut. Berita Harian menggariskan skop kajian itu serta bagaimana strategi yang dikaji dapat melindungi Singapura daripada masalah banjir di pinggir pantai menjangkaui abad akan datang.
Mar 28, 2022 | 05:30 AM



BAGI melindungi bahagian pinggir pantai Singapura dengan lebih baik daripada kejadian paras laut melampau, pengadang menyerupai 'lengan' besi besar mungkin dipasang pada masa akan datang.



Pengadang pusuan ribut telah berjaya digunakan di negara seperti Belanda untuk melindungi sesebuah kawasan daripada banjir.



Pengadang ini boleh mengayun ke arah laut sebelum air pasang melampau berlaku.



Agensi air negara PUB sedang mengkaji kemungkinan memasang struktur sedemikian untuk melindungi kawasan pinggir pantai di bahagian barat daya Singapura daripada pusuan ribut, iaitu air pasang lebih tinggi daripada biasa akibat ribut yang melanda di luar pesisir.



Dengan purata paras laut dijangka meningkat disebabkan perubahan iklim, pusuan ribut boleh menyumbang kepada kejadian paras laut melampau serta menyebabkan banjir di kawasan rendah.



Kawasan pinggir pantai Singapura boleh mudah terjejas akibat pusuan ribut di pelbagai peringkat, bergantung pada orientasi pantai, paras air, kelajuan angin dan paras air pasang.



Pengarah Jabatan Perlindungan Kawasan Pantai PUB, Cik Hazel Khoo, berkata pelbagai kegiatan berlaku di pantai barat daya Singapura, termasuk kegiatan sektor marin dan lepas pantai, logistik serta tenaga dan kimia.



"Pengadang pantai boleh menjadi penyelesaian berkesan untuk menangani paras laut yang naik secara melampau dan akan dinilai untuk memastikan bahawa trafik maritim dan aktiviti operasi industri tepi laut kita tidak terjejas dengan teruk," ujarnya.



PUB baru-baru ini membuka tender untuk mengkaji kemungkinan memasang pengadang pantai seperti pengadang pusuan ribut serta menaikkan paras darat estet perindustrian sebagai alternatif.



Selat sempit antara pinggir pantai barat daya Singapura dengan Pulau Jurong bermakna pengadang pusuan ribut itu boleh dipasang kerana ia dapat menutup seluruh selat itu jika perlu dan dibiarkan terbuka supaya kapal dan bot dapat melintas jika tidak.



Kajian itu akan meneliti tiga kawasan, termasuk pantai utara Pulau Jurong, kawasan pantai Jurong, termasuk Taman West Coast dan Terminal Pasir Panjang, serta sebahagian Tuas yang merangkumi Loji Pemulihgunaan Air Tuas dan pelbagai limbungan kapal.



Selain pengadang pusuan ribut, kajian itu akan meneliti bendungan - struktur menyerupai empangan - dengan alat yang membolehkan kapal dan bot melintas namun boleh ditutup untuk melindungi daripada air pasang dan pusuan ribut.



Bendungan Marina bagaimanapun merupakan pengadang tetap yang dilengkapi dengan gerbang yang boleh dibuka untuk mengeluarkan air hujan yang berlebihan.



Bendungan juga boleh dilengkapi dengan alat yang boleh dinaikkan atau diturunkan untuk membolehkan bot lalu.



Kajian itu juga akan merangkumi analisis awal berhubung pelbagai huraian penyesuaian pantai, termasuk kemungkinan meningkatkan paras darat estet JTC semasa pembangunan semula.



Dengan mengkaji pilihan ini, PUB dapat menentukan sejauh mana perlindungan yang ia boleh berikan.



Singapura juga telah beralih untuk melindungi negara ini daripada kenaikan paras laut pada masa hadapan, dengan memastikan prasarana akan datang seperti Pelabuhan Tuas dinaikkan lima meter atas paras laut purata.



Pusat Penyelidikan Iklim Singapura mengunjurkan bahawa perubahan iklim boleh menyebabkan kenaikan paras laut hingga semeter menjelang 2100.



Dengan mengambil kira air pasang yang melampau dan pusuan pantai, paras laut boleh meningkat sebanyak empat hingga lima meter.



Namun, PUB berkata ia mengambil pandangan jangka panjang, memeriksa bagaimana untuk melindungi kawasan ini daripada kemungkinan banjir dengan kenaikan paras laut sebanyak dua meter.



Kajian dua tahun itu, yang dijangka bermula menjelang separuh kedua tahun ini, akan dijalankan serentak dengan kajian JTC di Pulau Jurong.



PUB akan menyepadukan hasil dapatan kedua-dua kajian untuk menilai pilihan perlindungan pantai yang sesuai bagi pantai barat daya Singapura.



Kajian JTC itu merupakan salah satu daripada lapan kajian yang PUB akan lancarkan secara bertahap untuk meninjau bagaimana kawasan yang berbeza di Singapura akan dilindungi daripada kenaikan paras laut.



Kajian Bandar-East Coast sedang dijalankan manakala kajian Pulau Jurong dan kawasan pantai barat laut pula dijangka bermula tahun ini.



PUB berkata faktor seperti kos serta rancangan penggunaan tanah buat tempoh sekarang dan jangka panjang akan dipertimbang bagi kajian pengadang pantai.



Kajian itu boleh menelan belanja hingga $3 juta.




Pengadang pantai boleh menjadi penyelesaian berkesan untuk menangani paras laut yang naik secara melampau dan akan dinilai untuk memastikan bahawa trafik maritim dan aktiviti operasi industri tepi laut kita tidak terjejas dengan teruk.
- Cik Hazel Khoo, Pengarah Jabatan Perlindungan Kawasan Pantai PUB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >