Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lenovo sumbang komputer riba kepada ITE

Nov 23, 2020 | 05:30 AM



INSTITUT Pendidikan Teknikal (ITE) dan syarikat Lenovo telah melancarkan inisiatif baru yang dinamakan 'I Learn U Learn' pada 16 Oktober untuk membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan mengikuti pembelajaran dari rumah (HBL).



Inisiatif itu bermula ketika permulaan tempoh pemutus litar pada 8 April.



Oleh kerana mendapat tahu bahawa terdapat beberapa pelajar yang tidak dapat mengakses komputer riba kerana masalah kewangan, syarikat Lenovo dengan pantas menghulurkan bantuan untuk meminjamkan 50 komputer riba kepada ITE dengan tujuan untuk merapatkan jurang teknologi dalam kalangan pelajar.



Bantuan ini telah banyak membantu pelajar kerana format HBL dianjurkan secara dalam talian.



"Bantuan peminjaman komputer riba itu telah banyak menolong saya untuk HBL kerana saya tidak mempunyai komputer di rumah dan terpaksa menggunakan telefon bijak untuk kelas dan tugas yang diberikan.



"Skrin telefon bijak itu sangat kecil dan sukar untuk saya menyelesaikan tugas sekolah. Oleh itu, saya sangat berterima kasih atas bantuan pinjaman komputer riba dari Lenovo," kata penerima Hursha'ien Addin Abduallah, 17 tahun, pelajar Nitec dalam jurusan Latihan Kesihatan.



Walaupun kini pelajar sudah mula kembali ke sekolah, ITE masih menggunakan HBL untuk kelasnya.



Lenovo kemudian telah memutuskan untuk menyumbangkan 50 komputer riba tersebut kepada pelajar yang memerlukannya.



"Saya berasa terima kasih dan bersyukur menjadi salah satu penerima program ini. Keluarga saya tidak mampu membelikan komputer riba.



"Inisiatif ini juga telah membantu saya dan adik saya yang juga masih belajar di ITE dan kami dapat mengongsi komputer riba tersebut untuk pelajar HBL kami," ujar penerima Muhammad Fitri Ismail, 19 tahun, pelajar Nitec Perniagaan Maritim.



Antara cabaran yang dihadapi pelajar ketika menerima komputer riba tersebut adalah mereka tidak tahu bagaimana untuk menggunakannya.



Oleh itu, syarikat itu menyediakan sukarelawan dari Lenovo Singapura untuk mengajar pelajar 'kemahiran HBL', yang merangkumi penyelesaian masalah komputer riba dan belajar menggunakan sofwe Microsoft Teams atau Zoom untuk video dalam talian.



Sebagai 'pembayaran', penerima komputer riba diminta melakukan khidmat masyarakat selama 12 jam.



Mereka akan mengajar kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan di bawah program asuhan oleh Majlis Pembangunan Masyarakat Central mengenai kemahiran HBL yang mereka telah pelajari daripada pengalaman mereka melalui inisiatif tersebut.



Menurut Nur Addina Sephia Norman, 19 tahun, seorang penerima insiatif itu, berkata:



"Saya sangat gembira dapat memberi semula kepada masyarakat kerana saya percaya bahawa saya harus mengembalikan apa yang telah saya manfaatkan.



"Saya rasa ini cara yang hebat kerana saya dapat mengongsi kemahiran ini dengan generasi muda dan mereka juga adalah generasi yang seterusnya untuk menyumbang kepada masyarakat," kata pelajar Higher Nitec jurusan Urusan Sukan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >