Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lesen 9 peruncit digantung sebab jual tembakau pada orang bawah umur

Oct 12, 2016 | 03:08 PM



LESEN sembilan peruncit digantung kerana menjual produk tembakau kepada kanak-kanak, umum Penguasa Sains Kesihatan (HSA) pada Rabu (12 Okt).

HSA berkata peruncit itu ditangkap melalui tindakan pengawasan dan penguatkuasaan di lapangan bagi menghalang penjualan haram tembakau kepada orang di bawah umur 18 tahun.

Mereka ialah: Guan Joo Seng Mini-Supermarket di 132 Bukit Batok West Avenue 6, 7-Eleven di 153 Serangoon North Avenue 1, SPH Buzz Pte Ltd di 11A Sembawang Vista, Rainbow Super Mart di 174D Hougang Avenue 1, 112 Mini Market di 112 Menunggu Road, Raajaa Mini Mart 117 Bukit Batok West Avenue 6, Anba Pte Ltd 845 Jurong West Street 81, K11 Minimart pada 105 Bukit Batok Central dan M28 Minimart di 182A Rivervale Crescent.

Penggantungan itu melarang mereka menjual produk tembakau selama enam bulan.

Sejak 2014, HSA telah menggantung 32 lesen runcit tembakau dan membatalkan 20.

Ia juga mengingatkan orang ramai supaya tidak membekalkan sembarang produk tembakau kepada mereka di bawah umur 18 tahun.

Sesiapa yang didapati menjual produk tembakau kepada mereka yang berumur 18 tahun atau ke bawah boleh dikenakan denda hingga $5,000 bagi kesalahan pertama, dan hingga $10,000 bagi kesalahan berikutnya.

Di samping itu, lesen runcit tembakau akan digantung enam bulan bagi kesalahan pertama, dan dibatalkan bagi kesalahan kedua.

Bagi sembarang kedai yang didapati menjual produk tembakau kepada budak bawah umur berpakaian seragam sekolah atau budak bawah 12 tahun, lesen mereka akan dibatalkan pada kesalahan pertama.

Orang ramai boleh melihat senarai terkini peruncit tembakau yang lesennya digantung atau dibatalkan di laman web HSA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >