Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lesen dua penjual tembakau dibatal kerana jual rokok kepada pelanggan bawah umur

Feb 25, 2019 | 07:31 PM



LESEN dua penjual tembakau di Woodlands dan Toa Payoh dibatalkan kerana menjual rokok kepada pelanggan bawah umur, kata Penguasa Sains Kesihatan (HSA) hari ini (25 Feb).



Ini bermakna mereka tidak lagi boleh menjual produk tembakau, kata HSA dalam satu kenyataan.



Kedai runcit Fair Inn Food Place, yang merupakan pesalah berulang, didapati menjual rokok kepada pelanggan bawah umur buat kali kedua. Lesennya dibatalkan pada 2 November lalu.



Lesen kedai di 806 Woodlands Street 81 itu pertama kali digantung selama enam bulan pada Januari 2016.



Kedai kedua, Excellence Supermarket di 131 Lorong 1 Toa Payoh, dibatalkan lesennya pada 19 Disember lalu kerana menjual rokok kepada pelanggan bawah umur yang memakai seragam sekolah.



HSA juga menggantung lesen runcit empat kedai selepas pengendali itu didapati menjual kepada pelanggan bawah umur. Ia adalah kesalahan pertama mereka.



Empat kedai itu ialah China Minimart di 417 Yishun Avenue 1; Leeds Mart di 509 Serangoon North Avenue 4; Shell Select di 3535 Ang Mo Kio Avenue 6; dan Good Price Centre di 21 Hougang Street 51.



Kedai-kedai tersebut tidak boleh menjual produk tembakau selama enam bulan.



Had usia bagi membeli, menggunakan atau memiliki produk tembakau dinaikkan kepada 19 tahun mulai 1 Januari lalu.



Ia akan dinaikkan ke 20 tahun mulai tahun depan dan 21 tahun mulai 2021.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >