Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:28
Maghrib
7:19
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lesen hospital swasta boleh ditarik jika tidak betulkan 'kelemahan ketara'

Jan 06, 2021 | 05:30 AM



HOSPITAL Concord International (CIH), yang digantung perkhidmatannya, mungkin akan ditarik lesennya jika pihak hospital itu tidak membetulkan "kelemahan ketara" yang dikesan Kementerian Kesihatan (MOH) menjelang 20 Januari.



Hospital itu, yang dikatakan telah dijual, didapati gagal mematuhi Akta Hospital dan Klinik Perubatan Swasta (PHMCA).



Menjawab pertanyaan akhbar The Straits Times, MOH berkata pihaknya telah melakukan pemeriksaan pada 14 hingga 26 Disember lalu berikutan perubahan kepada pasukan pengurusan hospital.



Kelemahan yang dikesan, didapati menjejas keselamatan pesakit dan ini termasuk peralatan menyelamat nyawa dan ubat-ubatan yang sama ada tidak diselenggarakan ataupun tidak terdapat di tempat-tempat kritikal seperti unit jagaan rapi (ICU) dan bilik pembedahan.



Dikesan juga pengawalan mutu yang tidak terjaga di makmal dan proses mengawal penularan.



Hospital itu, justeru, diarahkan menghentikan operasi perkhidmatan kesihatan mereka buat sementara waktu, berkuat kuasa 19 Disember.



Pada 28 Disember, sembilan hari selepas hospital itu digantung perkhidmatannya, Nasdaq melaporkan bahawa Concord Medical bersetuju menjual 90 peratus sahamnya dalam Concord Healthcare Singapore, badan yang memiliki dan mengendalikan hospital itu, pada nilai $52.2 juta.



Laporan itu menambah bahawa pembeli yang tidak dinamakan mengambil alih ehwal pengurusan hospital dengan Concord Medical telah menghentikan penguasaannya sejak November.



Pengerusi dan Ketua Eksekutif Concord Medical, Dr Yang Jianyu, ditukil sebagai berkata:



"Tindakan kami melepaskan CIH memungkinkan Concord Medical memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha kami membina hospital barah yang komprehensif di China."



MOH pada Isnin lalu berkata ini kali pertama sebuah hospital swasta diperintahkan menghentikan semua perkhidmatan dan operasi kerana gagal mematuhi PHMCA.



Kementerian itu menarik perhatian bahawa selain daripada perintah menghentikan perkhidmatan, pihaknya boleh mengambil pelbagai tindakan penguatkuasaan peraturan berkaitan kelemahan dalam khidmat kemudahan penjagaan kesihatan berlesen di bawah PHMCA. Ini termasuk memberi amaran, mengenakan denda dan menarik balik lesen.



Kegagalan mematuhi arahan yang dikeluarkan MOH boleh menyebabkan denda sehingga $10,000. Denda sehingga $1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya akan dikenakan jika pelanggaran berlaku secara berterusan.



Terletak di Adam Road, CIH sebelumnya dikenali sebagai Fortis Surgical Hospital, sebuah kemudahan privet dengan 31 tempat tidur yang dibuka pada Julai 2012 di bawah Fortis Healthcare International, penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan di India.



Ia dijual kepada Concord Medical Services (International) pada harga $55 juta pada April 2015, dan dinamakan semula sebagai Hospital Concord International, yang menawarkan rawatan berkaitan barah, perkhidmatan kesihatan wanita dan pembedahan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >