Lesen Islamic Restaurant digantung 2 minggu tapi di premis lama, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

BERITA

Lesen Islamic Restaurant digantung 2 minggu tapi di premis lama

Kekeliruan timbul kerana restoran itu masih beroperasi di premis baru di kawasan sama
Sep 19, 2020 | 05:30 AM

KEKELIRUAN timbul setelah lesen restoran beriani terkenal, Islamic Restaurant, dikatakan digantung dua minggu kerana gagal memastikan kawasannya bersih tetapi restoran di North Bridge Road masih beroperasi seperti biasa.

Menyusuli pemeriksaan Berita Harian (BH), didapati bahawa restoran itu kini beroperasi dari premis baru, yang terletak beberapa unit dari premis lama yang digantung lesennya itu, juga di North Bridge Road.

Perkara ini dijelaskan oleh pemilik Islamic Restaurant, Encik Kalil A. Wahab, ketika dihubungi wartawan.

Mengesahkan demikian kepada BH, Agensi Makanan Singapura (SFA) berkata pemegang lesen Islamic Restaurant ada dua lesen sah berbeza untuk beroperasi di unit 735 dan 745 North Bridge Road.

"Unit 745 (North Bridge Road) kini digantung lesen selama dua minggu dari 15 hingga 28 September kerana gagal memastikan kawasannya bersih dan bebas daripada lipas," kata SFA, sambil menambah bahawa unit tersebut tidak beroperasi sekarang.

Discover Malay Home Based Businesses

Menurut Notis Kebersihan Makanan di laman web SFA, lesen Islamic Restaurant di premis itu digantung di bawah Sistem Mata Demerit kerana ia mendapat sejumlah 16 mata demerit sepanjang tempoh 12 bulan.

Restoran itu juga didenda $1,100.

Menurut laman Facebook restoran itu, mereka berpindah ke tempat baru di 735 North Bridge Road pada 15 Jun. Lawatan Berita Harian ke kawasan itu tengah hari semalam menunjukkan restoran tersebut dibuka dan terdapat pelanggan sedang makan di situ.

Encik Kalil berkata restorannya masih beroperasi seperti biasa di 735 North Bridge Road.

"Buat masa sekarang, kami dibuka seperti biasa dan tiada apa untuk dibimbangkan," ujarnya, yang enggan mengulas lanjut.

Islamic Restaurant, yang wujud sejak hampir 100 tahun lalu, antara ikon di Kampong Glam.

Menurut SFA, pemegang lesen yang memperoleh 12 mata demerit atau lebih sepanjang satu tempoh 12 bulan boleh digantung lesennya selama dua atau empat minggu, atau dibatalkan.

Semua pengendali makanan yang bekerja di premis yang digantung lesennya itu juga perlu menghadiri Kursus Kebersihan Makanan Asas lagi dan lulus sebelum dibenarkan sambung bekerja sebagai pengendali makanan.

SFA berkata ia tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa yang didapati melanggar Akta Kesihatan Awam Persekitaran.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map